Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur
Aduan & Pertanyaan
Untitled-1

...

PRODUK USAHAWAN

...

BULETIN FELCRA

1 Jun 2022 - FELCRA Berhad Wilayah Sabah hari ini meraikan Majlis Sambutan Aidilfitri 1443 Hijrah bersama warga kerja dan peserta.

Jun 1, 2022, 15:21 PM by redzwan redzwan
YB Menteri dalam ucapannya berkata, pihak kerajaan negeri Sabah komited dalam menjayakan agenda dan aspirasi kerajaan Malaysia dalam memajukan masyarakat luar bandar Sabah. Ianya juga selari dengan hasrat kerajaan negeri bagi membasmi kemiskinan dan meletakkan matlamat SABAH SIFAR MISKIN TEGAR MENJELANG 2025. Hasrat dan agenda ini penting bagi membela masyarakat miskin di Sabah, “Pencapaian Maksimum pada Kos yang Minimum”, tambah beliau lagi.

1 Jun 2022 - FELCRA Berhad Wilayah Sabah hari ini meraikan Majlis Sambutan Aidilfitri 1443 Hijrah bersama warga kerja dan peserta di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu Sabah.
Majlis dimeriahkan dengan kehadiran YB Datuk Jahid Jahim @ Nordin, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah & YB Datuk Wetrom bin Bahanda, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah dan disambut meriah oleh YBhg Dato’ Mat Roni bin Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bersama-sama barisan Pengurusan FELCRA Berhad dan juga penari kebudayaan dari Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
YB Datuk Jahid turut menyerahkan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir bersama dalam majlis ini.
YB Menteri dalam ucapannya berkata, pihak kerajaan negeri Sabah komited dalam menjayakan agenda dan aspirasi kerajaan Malaysia dalam memajukan masyarakat luar bandar Sabah.
Ianya juga selari dengan hasrat kerajaan negeri bagi membasmi kemiskinan dan meletakkan matlamat SABAH SIFAR MISKIN TEGAR MENJELANG 2025.
Hasrat dan agenda ini penting bagi membela masyarakat miskin di Sabah, “Pencapaian Maksimum pada Kos yang Minimum”, tambah beliau lagi.
Majlis ini juga turut dihadiri oleh barisan Pengurusan FELCRA Berhad dari Ibu Pejabat dan juga Wilayah.

282372149_355644026664102_4791403513963264875_n

LENSA FELCRA