Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur
Aduan & Pertanyaan
Untitled-1

...

PRODUK USAHAWAN

...

BULETIN FELCRA

10 Februari 2022 - Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Kompleks Dewan Kuliah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Feb 24, 2022, 11:40 AM by redzwan redzwan
Majlis Simbolik Penyerahan Kunci kompleks itu disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPM) Datuk Seri Abdul Razak Jaafar di Kampus Induk UTeM, baru-baru ini.

10 Februari 2022 – Kompleks Dewan Kuliah baharu Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang siap dibina baru-baru ini mampu memberi manfaat kepada kira-kira 14,000 pelajar universiti itu.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTeM, Prof Dr Zulkifilie Ibrahim berkata terbinanya kompleks dewan kuliah itu seiring peningkatan enrolmen pelajar UTeM pada setiap sesi kemasukan.

Jelasnya, perancangan pembangunan dan fasiliti UTeM yang strategik dan holistik ini bagi memastikan kemudahan disediakan dapat memberi keselesaan dan melengkapi sekali gus menyokong proses pengajaran serta pembelajaran yang serba kondusif.

“Projek ini mendapat kelulusan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dengan kelulusan kos siling berjumlah RM15 juta dan siap dibina oleh syarikat pembina iaitu Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Sebarang Perak Berhad,” katanya, menerusi satu kenyataan hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Dr Mohd Zabri Yusoff; Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka Datuk Ismail Abd Rahman dan Pengerusi Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Sebarang Perak Berhad, Shamsuddin Yusof.

Sementara itu, Penolong Naib Canselor Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti UTeM, Prof Mohd Rahimi Yusoff berkata kompleks tersebut berkeluasan 4,452.0 meter persegi.

“Kemudahan ini dilengkapi dua Dewan Kuliah jenis bertingkat dan dua Dewan Kuliah jenis rata yang mana setiap satu berkapasiti 300 orang di samping empat Dewan Kuliah jenis rata berkapasiti 150 orang serta dua bilik bacaan serta insfrastruktur sokongan.

“Turut dilengkapi ruang pejabat pentadbiran yang menempatkan Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) yang mampu diisi seramai 19 staf yang telah beroperasi di Kompleks Dewan Kuliah ini pada hujung Jan lalu,” katanya.

Majlis Simbolik Penyerahan Kunci kompleks itu disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPM) Datuk Seri Abdul Razak Jaafar di Kampus Induk UTeM, baru-baru ini.

dewan utem 1- SHAMSUDDIN (tiga kiri) menyerahkan replika kunci Kompleks Dewan Kuliah UTeM kepada Dr Zulkifilie (empat kanan) disaksikan Abdul Razak.

dewan utem 2- ABDUL Razak semasa berucap pada majlis perasmian berkenaan.

Sumber daripada :Melaka Hari ini

274448226_290026779892494_688308175477806550_n

LENSA FELCRA