Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur
Aduan & Pertanyaan
Untitled-1

...

PRODUK USAHAWAN

...

BULETIN FELCRA

10 Mac 2022 - Majlis Penyerahan Mekanisasi Ladang 3-Roda (DS 3-Wheeler) Peringkat Wilayah Johor

Mar 11, 2022, 16:40 PM by redzwan redzwan
Mekanisasi Ladang 3-Roda (DS 3-Wheeler) DS Scorpion yang diperkenalkan FELCRA Berhad diyakini dapat meningkatkan produktiviti pekerja sekali gus mengatasi kebergantungan kepada tenaga kerja asing di sektor perladangan.

10 Mac 2022 - Majlis Penyerahan Mekanisasi Ladang 3-Roda (DS 3-Wheeler) Peringkat Wilayah Johor telah disempurnakan oleh YB. Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub, Pengerusi FELCRA Berhad di Dewan Komuniti FELCRA Berhad Kawasan Bukit Kepong pada hari ini.
Mekanisasi Ladang 3-Roda (DS 3-Wheeler) DS Scorpion yang diperkenalkan FELCRA Berhad diyakini dapat meningkatkan produktiviti pekerja sekali gus mengatasi kebergantungan kepada tenaga kerja asing di sektor perladangan.
Mekanisasi baharu itu memberi impak positif kepada industri komoditi sawit kerana dapat meningkatkan produktiviti pengurusan ladang dengan memudahkan kerja seperti mengangkut, memunggah, meracun dan membaja.
Koperasi Kakitangan FELCRA (M) Berhad (KKF,) telah dilantik membekalkan DS 3-Wheeler.
Dalam majlis tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Mat Roni bin Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FELCRA Berhad, Encik Anuar Merican bin Akhbar Merican, Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Johor, Tuan Haji Nor Zahari bin Zakaria, Pengerusi KKF dan Pengurusan Tertinggi FELCRA Berhad.

275233970_300705265491312_6185428026878116241_n

LENSA FELCRA