Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur
Aduan & Pertanyaan
Untitled-1

...

PRODUK USAHAWAN

...

BULETIN FELCRA

10 Mac 2022 - Program Peduli Prihatin Keluarga Malaysia FELCRA Berhad Wilayah Johor bersama YB Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar

Mar 11, 2022, 16:43 PM by redzwan redzwan
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bersama Pengurusan Tertinggi FELCRA Berhad akan terus memberikan komitmen untuk memastikan infrastruktur yang sesuai terus dibangunkan untuk manfaat Warga Peserta dan masyarakat, serta memperkasa aktiviti keusahawanan Warga Peserta.

10 Mac 2022 - YB Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar telah menyempurnakan Program Peduli Prihatin Keluarga Malaysia FELCRA Berhad Wilayah Johor yang dihadiri oleh YBhg. Dato' Mat Roni bin Zakaria selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FELCRA Berhad, YBhg. Encik Anuar Merican bin Akhbar Merican selaku Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Johor, warga staf dan warga peserta FELCRA Berhad Wilayah Johor
Dalam ucapan beliau, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bersama Pengurusan Tertinggi FELCRA Berhad akan terus memberikan komitmen untuk memastikan infrastruktur yang sesuai terus dibangunkan untuk manfaat Warga Peserta dan masyarakat, serta memperkasa aktiviti keusahawanan Warga Peserta.
Untuk Negeri Johor khususnya, FELCRA Berhad akan melaksanakan aktiviti menaiktaraf ameniti sosial kampung melalui peruntukan dana kerajaan bagi pembangunan infra, agar ianya dapat memberikan manfaat kepada Warga Peserta dan masyarakat sekeliling.
KPLB akan terus bekerja rapat dengan FELCRA Berhad, pucuk pimpinan tempatan, pihak berkuasa dan agensi-agensi kerajaan tempatan dalam memastikan kesejahteraan Peserta FELCRA dapat dicapai dengan jayanya.

274760790_301344822094023_19875129482945769_n

LENSA FELCRA