Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur
Aduan & Pertanyaan
Untitled-1

...

PRODUK USAHAWAN

...

BULETIN FELCRA

20 Mei 2022 - Sambutan Aidilfitri FELCRA Wilayah Johor meriah

May 20, 2022, 09:57 AM by redzwan redzwan
Dalam majlis tersebut sumbangan turut diberikan kepada Pertubuhan Anak-Anak Yatim Islam Kluang, Maahad Tahfiz Nur Syafaat dan JPKK Kampung Bukit Kenangan oleh FELCRA Berhad.

20 Mei 2022 - SIMPANG RENGGAM: Kira-kira 10,000 warga dan tetamu memeriahkan Majlis Cahaya Aidilfitri FELCRA Berhad Wilayah Johor yang diadakan di Dewan Muafakat Johor Simpang Renggam, Simpang Renggam semalam.
Majlis bermula jam 11 pagi dengan kehadiran Pengerusi FELCRA Berhad, YB. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub diiringi bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FELCRA Berhad, YBhg. Dato' Mat Roni bin Zakaria ; Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Johor, YBhg. Encik Anuar Merican bin Akhbar Merican dan barisan Pengurusan Tertinggi FELCRA Berhad. Majlis dimulakan dengan Marhaban, Bacaan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan doa selamat.
Dalam majlis tersebut sumbangan turut diberikan kepada Pertubuhan Anak-Anak Yatim Islam Kluang, Maahad Tahfiz Nur Syafaat dan JPKK Kampung Bukit Kenangan oleh FELCRA Berhad.
Antara yang hadir, Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Berhad, YBhg. Tuan Edham Reza Shah bin Abdul Rahman ; YBrs. Tuan Hafiz bin Shukor, wakil Pejabat Menteri Besar Johor dan Pengarah-Pengarah Agensi KEJORA, RISDA, KPLB Negeri Johor, KEMAS, MARA
Pelbagai gerai menghidangkan pelbagai juadah hari raya, antaranya sate, ketupat, lemang, kambing golek dan kuih-muih. Majlis turut diserikan lagi dengan pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis tersebut.

281542598_347351280826710_7367329337098144898_n

LENSA FELCRA