Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur
Aduan & Pertanyaan
Untitled-1

...

PRODUK USAHAWAN

...

BULETIN FELCRA

29 Mei 2022 - sambutan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri FELCRA Berhad Wilayah Utara 2022.

May 30, 2022, 15:25 PM by redzwan redzwan
penyampaian sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Ghazali Haji Ibrahim, Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Berhad yang mewakili YB Dato' Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar kepada Masjid Al-Naim Batu 9, Jeniang, Masjid Al-Ihsan, Jeniang dan Persatuan Pesara FELCRA (FIESTA) Wilayah Utara.

GURUN 29 Mei 2022 - Kemeriahan bulan Syawal masih diteruskan lagi Majlis Ramah Mesra Aidilfitri FELCRA Berhad Wilayah Utara di Perkarangan Pejabat Kawasan FELCRA Berhad Bukit Selambau, Batu 9, Jeniang, Gurun, Kedah Darul Aman dengan dianggarkan sekitar 5,000 orang tetamu yang telah hadir.
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Dato' Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar berkesempatan meluangkan masa beramah mesra bersama tetamu yang hadir walaupun jadual begitu amat padat.
Sebelum itu, penyampaian sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Ghazali Haji Ibrahim, Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Berhad yang mewakili YB Dato' Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar kepada Masjid Al-Naim Batu 9, Jeniang, Masjid Al-Ihsan, Jeniang dan Persatuan Pesara FELCRA (FIESTA) Wilayah Utara.
Turut hadir bersama dalam majlis tersebut ialah YBhg. Dato' Mat Roni Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FELCRA Berhad ; YBhg. Encik Zulkifli Mamat, Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Utara, YBhg. Datuk Sabari Misran, Pengerusi KPFB dan wakil-wakil agensi KPLB.

284902788_353288033566368_6341849455610685479_n

LENSA FELCRA