Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur
Aduan & Pertanyaan
Untitled-1


...

PRODUK USAHAWAN

...

BULETIN FELCRA

Program Vaksinasi Bergerak: 200 penduduk Felcra Rompin telah divaksin

Aug 18, 2021, 14:11 PM by redzwan redzwan
Program Vaksinasi Bergerak sangat membantu terutamanya bagi penduduk luar bandar, warga emas dan mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk pergi ke Pusat Pemberian Vaksin.

238954380_2987265718180478_5272709733240125694_n

JERAM PADANG: Seramai 200 penduduk Felcra Rompin B telah divaksin dengan dos kedua menerusi Program Vaksinasi Bergerak.
Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu berkata, pejabatnya telah mendaftarkan 200 penduduk Felcra Rompin B terlebih dahulu untuk proses vaksinasi.
“Justeru, program anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Jempol dan Jabatan Kesihatan Daerah Jempol ini berjaya memvaksinasi 200 penduduk di Balai Raya Felcra Rompin.
“Program Vaksinasi Bergerak sangat membantu terutamanya bagi penduduk luar bandar, warga emas dan mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk pergi ke Pusat Pemberian Vaksin.
“Terima kasih kepada petugas Jabatan Kesihatan Daerah Jempol, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Jempol dan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol yang menjayakan program ini,” ujar Musliadi.