Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur
Aduan & Pertanyaan
Untitled-1

...

PRODUK USAHAWAN

...

LENSA FELCRA

17 Februari 2022 - Program Peduli Prihatin Keluarga Malaysia FELCRA Berhad yang telah berlangsung di FELCRA Sri Mahkota, Mersing

Feb 24, 2022, 11:27 AM by 17 Februari 2022 - Program Peduli Prihatin Keluarga Malaysia FELCRA Berhad yang telah berlangsung di FELCRA Sri Mahkota, Mersing
" FELCRA Berhad akan mula mengagihkan sejumlah RM 4.63 juta sebagai Keuntungan Boleh Agih Akhir 2021 bagi Projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P) Peserta Daerah Mersing yang akan diagihkan secara berperingkat mulai 18 Februari 2022, memberikan manafaat kepada 1,338 orang Peserta di Daerah Mersing. Agihan Keuntungan Boleh Agih Akhir 2021 ini mengambil pendekatan penyesuaian persediaan bayaran dalam situasi pandemik dan musim perayaan, di mana pembayaran awalan 50% dari jumlah agihan akan dibayar pada Februari. Keuntungan selebihnya akan diagihkan pada bulan April 2022 kepada Para Peserta berkelayakan. " Demikian ucapan oleh YB. Dato' Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar ketika merasmikan Program Peduli Prihatin Keluarga Malaysia FELCRA Berhad yang telah berlangsung di FELCRA Sri Mahkota, Mersing pada hari ini. Dalam ucapan beliau juga turut mengatakan bahawa Pihak Pengurusan Tertinggi FELCRA telah memberikan komitmen untuk memperkasa aktiviti keusahawanan Para Peserta, melalui usaha menaiktaraf premis perniagaan sebagai alternatif penambahan pendapatan isi rumah, sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan masyarakat setempat. juga melaksanakan aktiviti menaiktaraf ameniti sosial kampung yang dapat memberikan manfaat kepada penduduk di kawasan berpenempatan, ke arah mewujudkan suasana desa yang maju, unik, menarik dan menguntungkan. Turut mengiringi bersama YB. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub, Pengerusi FELCRA Berhad dan YBhg. Dato' Mat Roni bin Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FELCRA Berhad.
Back to all videos