Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

23 10.2024 - 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗢𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗔𝗠 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗣𝗢𝗚𝗢𝗛 𝟮𝗔 𝗙𝗔𝗦𝗔 𝟭 & 𝟮 𝗗𝗜 𝗟𝗔𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗙𝗘𝗟𝗖𝗥𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗚𝗢𝗛

Nov 8, 2024, 16:27 PM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
23 10 2024 - FELCRA Berhad Kawasan Pogoh telah menganjurkan Majlis Doa Selamat dan Mula Menanam untuk Projek Pogoh 2A Fasa 1 dan Fasa 2. Majlis ini telah diadakan di Blok 6, Kawasan Ladang Projek Pogoh 2A Fasa 1 bermula pada jam 8.30 pagi.
Majlis ini telah dihadiri oleh Tuan Bukhari Bin Abd Latif (Pengarah Negeri FELCRA Berhad Negeri Johor), Puan Nur Damia Khair Binti Zakaria (Penolong Pengarah Negeri FELCRA Berhad Negeri Johor), Encik Ahmad Jaki Bin Samri (Pengurus Pertanian FELCRA Berhad Negeri Johor), Tuan Mohd Nazmi Bin Yusof (Pengurus KPFB Negeri Johor), Ahli Jawatankuasa KPFB, Pengurus Kawasan FELCRA Berhad Kawasan Saliran Sg Kesang, Sg Layau, Sg Melikai, Sg Semberong, Bukit Kepong, Kg Awat, wakil dari FELCRA Niaga, Ahli AJKKP, Ketua Peserta Felcra Pogoh, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Koperasi Felcra Pogoh, Penyelia Projek, PL, CC, mandor dan ramai lagi.
Tuan Bukhari Bin Abd Latif berkesempatan menanam pokok sawit di ladang diikuti oleh Puan Damia Khair Binti Zakaria, PK dan tetamu yang lain.
Pihak pengurusan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis ini dan berharap kerjasama dapat dijalinkan secara berterusan bagi kejayaan projek ini. Pihak kawasan juga ingin memohon maaf atas sebarang kekurangan sepanjang majlis berlangsung.

464341182_122176637240237782_4765435645393281539_n
464470458_122176636322237782_2658598782007102380_n