DEKLARASI PENGGUNA PORTAL KOMUNITI PENGGUNA

Akses ke Portal ini dan penggunaan Perkhidmatan yang disediakan adalah tertakluk, pada setiap masa kepada Terma dan Syarat berikut. Sebelum mendaftar sebagai pengguna Portal, Pengguna dikehendaki membaca dan bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh FELCRA Berhad. Selepas dari ini Pengguna akan disebut sebagai Pengguna.

1.0       PENERIMAAN TERMA

Pendaftaran penggunaan Portal ini dengan jelas dianggap sebagai penerimaan Terma dan Syarat seperti yang telah ditetapkan oleh FELCRA.

2.0       MAKLUMAT PORTAL

Maklumat yang diperolehi dari Portal adalah maklumat peribadi, maklumat pekerjaan, maklumat keluarga, maklumat projek, maklumat keuntungan dan kos pembangunan pengguna.

3.0       PERATURAN PENGGUNAAN

  1. Pengguna tidak boleh menggunakan maklumat dalam Portal untuk urusan mahkamah;
  2. Pengguna tidak dibenarkan menggunakan akaun milik orang lain, berkongsi akaun atau memberi katanama (username) dan katalaluan (password) akaun kepada orang lain;
  3. Pengguna tidak boleh menggunakan maklumat dalam portal untuk sebarang urusan jual beli, kaveat, lelongan dan pajakan tanah;
  4. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kandungan fail elektronik termasuk e-mel dalam akaun sendiri;
  5. Menggunakan kemudahan password, screen saver atau log keluar apabila hendak meninggalkan computer, tab, telefon bimbit dan sebarang gajet yang bersambung dengan internet;
  6. Pengguna hendaklah bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas kehilangan, kerosakan, kemusnahan dan salah guna yang menyebabkan kerugian kepada FELCRA;
  7. Pengguna tidak dibenarkan menceroboh atau membuat cubaan menceroboh sistem dan pengkalan data;
  8. Pengguna tidak dibenarkan menggunakan identiti palsu atau menyamar sebagai Pengguna lain dan menghantar atau menjawab emel bagi pihaknya;
  9. Pengguna tidak dibenarkan sama sekali menyebarkan kod perosak seperti Virus, Worm, Malware, Trojan Horse, Trap Door, Phishing, Spamming dan sebagainya yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain;
  10. Pengguna tidak dibenarkan menghantar e-mel sampah (junk mail) dan e-mel spam yang boleh mengganggu Portal dan pengguna lain;
  11. Pengguna tidak dibenarkan menggunakan maklumat dari Portal untuk aktiviti komersil dan politik.

4.0       HAK PROPRIETARI

  1. Portal ini dan Perkhidmatan di dalamnya adalah hak milik FELCRA. Portal ini adalah dilindungi oleh hak cipta, tanda dagang dan hak-hak proprietari lain. 
  2. Tiada lesen atau hak diberikan kepada Pengguna dan akses Pengguna ke Portal ini dan/atau penggunaan peralatan  atas talian dan Perkhidmatan tidak boleh ditafsirkan sebagai pemberian, dengan implikasi, estopel atau sebaliknya, sebarang lesen atau hak untuk menggunakan mana-mana Isi Kandungan tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada FELCRA.

5.0       PENGGUNA DAGANG

  1. Semua tanda dagang, tanda perkhidmatan, dan logo yang dipaparkan di dalam Portal ini adalah  hak milik FELCRA.
  2. Tiada lesen atau hak diberikan kepada mana-mana pihak yang mengakses Laman Web ini untuk menggunakan, memuat turun, mengeluarkan semula salinan atau mengubah suai tanda dagang, tanda perkhidmatan atau logo melainkan dengan izin bertulis daripada pihak FELCRA. 

6.0       PINDAAN

  1. FELCRA berhak untuk mengemaskini, meminda dan/atau mengubah mana-mana bahagian atau semua Terma dan Syarat dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya.
  2. Semua pengemaskinian, pindaan dan/atau perubahan akan dipaparkan di Portal ini dan penggunaan berterusan oleh Pengguna di Portal ini selepas pengemaskinian, pindaan dan/atau perubahan yang telah dipaparkan akan dianggap sebagai  pematuhan Pengguna, pengakuan dan penerimaan kepada Terma dan Syarat yang dikemaskinikan.

7.0       PENGHANTARAN MELALUI LAMAN WEB

FELCRA tidak menjamin bahawa mana-mana penghantaran yang dihantar kepada FELCRA melalui Portal adalah benar-benar selamat dan bebas daripada apa-apa keingkaran, kesilapan dan/atau data yang tertinggal. FELCRA tidak akan bertanggung jawab untuk apa-apa kerugian dan/atau gantirugi yang disebabkan oleh mana-mana individu berhubung dengan penghantaran melalui Portal. Disebabkan keadaan semulajadi Internet, penghantaran itu mungkin tertakluk kepada gangguan, terputusnya bekalan elektrik, kelewatan penghantaran dan kesilapan penghantaran data. FELCRA tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kegagalan kemudahan komunikasi yang  boleh menjejaskan  ketepatan masa transaksi.

8.0       GANGGUAN SISTEM KOMPUTER

  1. FELCRA tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa gangguan, kelewatan, kegagalan, kesilapan atau maklumat tertinggal atau kehilangan maklumat yang dihantar, virus atau harta yang tercemar atau rosak yang dihantar atau kerosakan yang berlaku kepada sistem komputer Pengguna. Pengguna bertanggungjawab untuk memberi perlindungan yang mencukupi dan mempunyai data dan/atau peralatan sokongan dan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah dan sesuai untuk mengimbas virus komputer atau harta yang merosakkan. 
  2. FELCRA tidak akan bertanggungjawab ke atas ketepatan, kegunaan atau prestasi perisian pihak ketiga yang mungkin digunakan berhubung dengan Portal ini.

9.0       KERAHSIAAN MAKLUMAT

  1. Dengan mengakses Portal ini, Pengguna mengakui dan bersetuju bahawa FELCRA boleh mengumpul, mengekalkan atau mendedahkan Maklumat Pengguna atau mana-mana maklumat oleh Pengguna untuk keberkesanan Perkhidmatan dan Maklumat yang dikumpul, disimpan atau didedahkan hendaklah mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan mana-mana perundangan, undang-undang atau peraturan-peraturan yang terpakai dari semasa ke semasa.
  2. Pengguna bersetuju untuk menerima semua risiko yang berkaitan semasa menggunakan Perkhidmatan di Portal ini yang Maklumat boleh diakses oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan dan bersetuju untuk tidak memegang FELCRA bertanggungjawab ke atas sebarang akses yang tidak dibenarkan atau apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung akibat daripadanya.
  3. Pengguna hendaklah bertanggungjawab bagi kerahsiaan dan penggunaan Kata Laluan dan tidak mendedahkan Kata Laluan kepada sesiapa pada masa bila-bila masa dan di bawah apa jua keadaan sama ada sengaja atau tidak sengaja.
  4. Pengguna bersetuju untuk mematuhi segala langkah keselamatan berkaitan dengan perlindungan Kata Laluan atau secara amnya berkenaan dengan penggunaan Perkhidmatan  ini.
  5. Pengguna menerima tanggungjawab bahawa dalam apa-apa keadaan di mana Kata Laluan dimaklumkan kepada mana-mana orang lain sama ada secara sengaja atau tidak sengaja serta memaklumkan kepada FECLRA dengan segera sekiranya terdapat sebarang pendedahan.

10.0    CAJ/YURAN

Pengguna bersetuju dan mengakui bahawa FELCRA mempunyai hak mengikut budi bicara mutlaknya untuk mengenakan caj atau fi bagi Perkhidmatan ini setelah memberikan notis terlebih dahulu. 

11.0    PENGENEPIAN

  1. Sekiranya FELCRA gagal untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan atau remedi di bawah Terma  dan Syarat ini atas apa jua sebab, FELCRA hendaklah tidak ditafsirkan sebagai mengenepikan hak FELCRA untuk menguatkuasakan atau mengenepikan hak FELCRA terhadap mana-mana pelanggaran yang berterusan, berjaya atau berikutnya atau mana-mana peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini oleh Pengguna.
  2. Jika mana-mana bahagian Terma dan Syarat ini ditetapkan sebagai tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang yang terpakai, maka peruntukan yang tidak sah dan tidak dapat dikuatkuasakan itu dianggap digantikan oleh peruntukan yang sah dan boleh dikuatkuasakan dengan tujuannya paling dekat dengan peruntukan asal dan peruntukan yang selebihnya dalam Terma dan Syarat ini akan terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya. 

12.0    PENGECUALIAN LIABILITI

  1. FELCRA dan/atau ejen-ejennya di dalam mana-mana situasi dengan ini tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian, liabiliti ketat atau apa-apa  asas yang lain, termasuk tanpa had, secara langsung, tidak langsung atau sebarang kerosakan, atau kerugian atau keuntungan atau simpanan yang timbul berhubung dengan akses atau penggunaan Pengguna atau ketidakupayaan untuk mengakses atau menggunakan Portal ini (atau mana-mana pautan pihak ketiga ke atau dari Portal ini), kebergantungan kepada Maklumat yang terkandung di dalam Portal ini, apa-apa kegagalan teknikal, perkakasan atau mana-mana jenis perisian, gangguan, kesilapan, maklumat yang tertinggal, kelewatan dalam operasi, virus komputer, atau sebaliknya.
  2. Klausa pengecualian ini hendaklah berkuat kuasa sepenuhnya setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.

13.0    INDEMNITI

  1. Pengguna dengan ini bersetuju untuk menanggung kerugian dan menanggung rugi FELCRA, terhadap sebarang kerugian atau kerosakan, kos, tuntutan, yuran (termasuk fi peguamcara atas dasar peguamcara dan anak guam) dan semua perbelanjaan yang timbul daripada sebarang pelanggaran ke atas mana-mana Terma dan Syarat Portal ini disebabkan oleh ketidakpatuhan, ketidakakuran Pengguna, keengganan pengecualian Pengguna daripada tatacara dan prosedur dalam Portal, kecuaian dalam melaksanakan kewajipan Pengguna dan pelanggaran mana-mana hak harta intelek di mana-mana bahagian Portal dan Perkhidmatan ini dan apa-apa liabiliti yang timbul daripada kecuaian Pengguna atau salah laku secara  sengaja atau dari ketidakpatuhan, ketidakakuran, keengganan dan pengecualian daripada langkah-langkah dan prosedur di dalam Portal ini, kecederaan tubuh badan, kematian mana-mana individu atau kerosakan kepada mana-mana harta peribadi .

14.0    PENAMATAN

FELCRA berhak untuk menamatkan/menahan akses Pengguna ke Portal ini dan/atau penggunaan Portal ini dan Perkhidmatan pada bila-bila masa, secara keseluruhan atau sebahagian tanpa memberi notis terlebih dahulu sekiranya Pengguna melanggar mana-mana Peraturan Penggunaan dan/atau melanggar mana-mana Terma dan Syarat ini atau mengingkari hak FELCRA/pengguna lain atau mana-mana pihak ketiga atau Pengguna telah melakukan perbuatan  yang melanggar undang-undang. 

15.0    UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA

Terma dan Syarat ini hendaklah bagi semua maksud dan tujuan tertakluk kepada dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia. Dengan mengakses Portal ini dan/atau menggunakan Perkhidmatan yang disediakan di sini, Pengguna  dengan ini bersetuju kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

16.0    PANDUAN PENGGUNA DAN SOALAN LAZIM

  1. "Panduan Ringkas" ertinya panduan atau panduan-panduan yang dikeluarkan oleh FELCRA kepada Pengguna yang mengandungi arahan operasi untuk mod akses dan jenis transaksi yang disediakan melalui Perkhidmatan dan termasuk apa-apa pindaan, perubahan dan Panduan Ringkas lain sebagaimana yang dikeluarkan oleh FELCRA dari semasa ke semasa. Panduan Ringkas tersebut terdapat di dalam Portal ini.
  2. Pengguna hendaklah membaca dan memahami Panduan Ringkas dan/atau Soalan Lazim sebelum cuba untuk menggunakan Portal ini dan Akaun dan tidak menjalankan  apa-apa arahan atau menggunakan Akaun dengan kehadiran mana-mana individu lain.

17.0    NOTIS

  1. FELCRA boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan notis semasa kepada Pengguna melalui mana-mana kaedah seperti berikut:

i)         Melalui mel elektronik ke alamat emel terakhir Pengguna yang diketahui dalam rekod FELCRA dan pemberitahuan itu hendaklah dianggap telah diterima dua puluh empat (24) jam selepas dihantar.

ii)       Melalui mesej ke nombor telefon bimbit terakhir Pengguna yang diketahui dan pemberitahuan itu hendaklah dianggap telah diterima dua puluh empat (24) jam selepas dihantar.


18.0    KETEPATAN MAKLUMAT

  1. FECLRA tidak menjamin ketepatan dan kesempurnaan sebarang maklumat seperti yang dilaporkan melalui Portal ini. Pengguna perlu memastikan bahawa data peribadi adalah betul, lengkap, tepat dan terkini. FELCRA tidak mempunyai sebarang liabiliti apa jua (termasuk tetapi tidak terhad kepada) bagi apa-apa ganti rugi secara langsung, tidak langsung, khas atau berbangkit, kehilangan keuntungan dijangka atau kerugian ekonomi lain yang timbul daripada, berkaitan dengan atau berhubung dengan Maklumat yang terkandung di dalam Portal, penggunaan atau pergantungannya.
  2. Pengguna hendaklah berhubung dengan FELCRA bagi membetulkan sebarang data peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan dan/atau tidak terkini.
  3. Pengguna bersetuju bahawa Maklumat  melalui Portal ini tidak akan diambil dan/atau dianggap sebagai muktamad dan boleh berubah dari semasa ke semasa.

19.0 PENAFIAN

  1. FELCRA tidak memberi jaminan bahawa Perkhidmatan akan disediakan pada setiap masa.
  2. FELCRA tidak memberikan sebarang jaminan nyata atau tersirat, representasi, atau pengendorsan termasuk, tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan ke atas tajuk, pelanggaran hak, kebolehdagangan, kegunaan, operasi, kesempurnaan, terkini, ketepatan, kepuasan kualiti, kebolehpercayaan dan kesesuaian untuk tujuan  tertentu berhubung dengan Portal ini, Isi Kandungan, Maklumat dan/atau fungsi di dalamnya secara jelas menafikan liabiliti bagi kesilapan dan ketinggalan dalam Isi Kandungan dan/atau Maklumat.
  3. Pengguna hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mana-mana Isi Kandungan dan/atau Maklumat yang digunakan/diperolehi dari Portal ini dan/atau mana-mana Isi Kandungan dan/atau Maklumat yang dikemukakan/dihantar ke Portal ini. Pengguna hendaklah bersetuju bahawa apa-apa Maklumat yang digunakan/didapatkan dari Portal ini dan/atau apa-apa Maklumat yang dikemukakan/dihantar ke Portal ini untuk tujuan Perkhidmatan adalah lengkap, tepat, boleh dipercayai, terkini dan bebas daripada kesilapan.
  4. Dalam apa keadaan FELCRA tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan termasuk bagi apa-apa kehilangan keuntungan, secara langsung, tidak langsung, gantirugi punitif, teladan atau khas yang timbul daripada apa-apa Maklumat yang digunakan/diperolehi dari Portal ini dan/atau apa-apa Maklumat yang dikemukakan/dihantar ke Portal ini.
  5. Dengan mengakses masuk ke Akaun di Portal ini dan dengan menggunakan Perkhidmatan, Pengguna dengan ini akan mematuhi prosedur yang ditetapkan di dalamnya. Sekiranya Pengguna memilih untuk  tidak menggunakan  apa-apa langkah/prosedur untuk tujuan Perkhidmatan tersebut, Pengguna hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk pilihan yang dibuat dan tidak boleh meletakkan tanggungjawab ke atas FELCRA untuk sebarang kehilangan atau kerosakan termasuk bagi apa-apa kehilangan keuntungan, secara langsung, tidak langsung, gantirugi punitif, teladan atau khas yang timbul daripada apa-apa Maklumat yang digunakan/diperolehi dari Portal ini dan/atau apa-apa Maklumat yang dikemukakan/dihantar ke Portal ini.

20.0 Boleh Asing

Jika mana-mana peruntukan dan / atau sebahagian daripada Terma dan Syarat ini menjadi tidak sah, menyalahi undang-undang, atau tidak boleh dikuatkuasakan menurut kepada mana-mana undang-undang, maka peruntukan-peruntukan yang tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan dan / atau sebahagian akan dianggap digantikan oleh, peruntukan yang sah berkuatkuasa dan / atau sebahagian yang paling sesuai dengan tujuan peruntukan asal dan / atau sebahagian dan baki peruntukan lain dan / atau sebahagian daripada Terma dan Syarat ini akan terus berkuat kuasa penuh dan kesan Sebarang ketidaksahan itu, menyalahi undang-undang dan tidak boleh dikuatkuasakan tidak akan menjejaskan atau mencacatkan baki peruntukan dan / atau sebahagian daripada Terma dan Syarat ini.