Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur - 23:53 - Friday, June 6, 2025

12.4.2025 - Majlis Sambutan Aidilfitri 2025 FELCRA Berhad Negeri Pahang berlangsung penuh kemeriahan dan perassmian Dewan Utama Dato' Idris (DUDI).

May 9, 2025, 10:13 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

12.4.2025 - Majlis Sambutan Aidilfitri 2025 FELCRA Berhad Negeri Pahang berlangsung penuh kemeriahan dengan kehadiran YH. Dato' Idris bin Lasim, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad di Perkarangan Pejabat FELCRA Berhad Negeri Pahang, Kuantan.

Lebih 300 orang yang hadir terdiri daripada warga kerja dan pesara seluruh Negeri Pahang memeriahkan majlis yang menghidangkan dengan pelbagai juadah tradisi seperti lemang, sate, nasi impit, kuah kacang dan aneka hidangan lain, selain persembahan yang menambah keceriaan suasana.
Pada akhir majlis turut diadakan Majlis Jasamu Dikenang dan Penyampaian Duit Raya kepada kanak-kanak yang hadir.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Dato' Rodzuan bin Zaaba, ADUN Jenderak merangkap Ketua Peserta FELCRA Berhad Negeri Pahang, Encik Anuar Merican bin Akhbar Merican, Pengarah Kumpulan Perladangan; Encik Hassan bin Khamis, Pemangku Pengarah Tranformasi dan Strategi; Encik Mohamad Rusli bin Bahari, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Pahang dan dif-dif jemputan daripada agensi kerajaan negeri.

selain itu, H. Dato' Idris bin Lasim, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad telah merasmikan Dewan Utama Dato' Idris (DUDI), sebentar tadi.

Dewan tersebut diberikan nama Dewan Utama Dato' Idris atas keprihatinan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad dalam merealisasikan pembinaan dewan tersebut. Dewan ini bakal memberi memanfaatkan kepada Pejabat Negeri FELCRA Berhad Pahang, terutamanya untuk majlis keraian ataupun mesyuarat jawatankuasa kampung yang melibatkan peserta FELCRA Negeri Pahang secara khususnya.

DUDI boleh memuatkan sekitar 500 orang pada satu-satu masa.

490453459_122162206118341114_200723363203339058_n
490788339_122162206490341114_8083706738177364217_n
490856473_122162206724341114_5216277220420419367_n
490895559_122162212154341114_7787069509090070965_n