Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur


BAHAGIAN PENGURUSAN PESERTA

  1. Menguruskan agihan keuntungan kepada peserta sebagai sumber pendapatan tambahan daripada aset tanah milik peserta yang dimajukan

  2. Mewujudkan Interaksi yang harmoni, efektif dan efisyen di antara pengurusan dan warga peserta.

  3. Mengurustadbir sumber-sumber yang boleh diagihkan bagi membantu meningkatkan taraf hidup peserta.

  4. Menguruskan insurans dan tanggungjawab sosial (CSR) peserta.

  5. Menyediakan ameniti sosial yang kondusif, lengkap dan berkualiti di kawasan penempatan warga peserta.

  6. Menguruskan Sistem Maklumat Peserta; Participant Plantation Profile Land and Survey (PPPLS) dan Portal Komuniti Peserta.

BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH DAN UKUR

  1. Bertanggungjawab di dalam hal-hal berkaitan pengurusan perjanjian peserta, pengurusan tanah, pengurusan hartanah, pengurusan sistem online peserta (PPPLS).

  2. Bertanggungjawab merancang, melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti berkaitan dengan kerja-kerja pengukuran, penyediaan pelan, kelulusan bayaran upah ukur, perlantikan jurukur berlesen serta mengadakan hubungan dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri, Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pentadbir Tanah Daerah serta jabatan teknikal yang berkaitan.

  3. Bertanggungjawab melaksanakan pembangunan Perumahan Generasi Kedua Peserta FELCRA Berhad selari dengan gagasan transformasi yang berhasrat memperluaskan penyediaan ameniti sosial dan prasarana sosial yang serba lengkap serta moden menerusi pembangunan projek perumahan baharu bertujuan menyediakan kualiti hidup yang lebih sempurna untuk masyarakat desa selaras dengan aspirasi dalam pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan.

BAHAGIAN PENGURUSAN KEUSAHAWANAN

  1. Menyediakan perkhidmatan, pembangunan dan perundingan keusahawanan kepada barisan usahawan peserta FELCRA Berhad untuk mereka mencapai kejayaan dalam projek yang diceburi;

  2. Meneroka dan berusaha mendapatkan dana keusahawanan daripada agensi pembangunan usahawan Bumiputera Kerajaan untuk membantu usahawan peserta FELCRA Berhad memulakan dan membesarkan projek mereka.

BAHAGIAN PENGURUSAN INSTITUSI

  1. Memperkasakan pengurusan empat (4) institusi peserta iaitu Jawatankuasa Kemajuan Projek (JKKP), Koperasi Peserta Rancangan FELCRA (KPR & KPFB), Kumpulan Wanita Dinamis FELCRA (WADIRA) dan Persatuan Belia.

  2. Menyelaras keperluan pengurusan latihan peserta dan institusi peserta.

  3. Menyelaras pengurusan latihan staf dan mengenalpasti keperluan penempatan sosial staf Kumpulan Hal Ehwal Peserta.