PERUTUSAN KETUA PEGAWAI

KUMPULAN HAL EHWAL PESERTA DAN KOMUNIKASI


Untitled-1 copy

Assalamualaikum WBT

Salam Hormat & Salam Sejahtera

Kepada-NYA jua saya memohon agar seluruh Warga Peserta FELCRA dan semua Warga Kerja Kumpulan Hal Ehwal Peserta & Komunikasi (HEPK) di seluruh Negara dianugerahkan kesihatan, kesejahteraan, keberkatan dan keceriaan yang berpanjangan jua. Aamiin Aamiin Ya Rabbul Alamin.

Faktor 3K atau 3C iaitu Komunikasi, Koordinasi & Kolaborasi atau Communication, Coordination & Collaboration adalah merupakan faktor paling asas ketika kita hendak menjayakan program-program yang melibatkan hubungan kemanusiaan, khususnya di dalam dunia pengurusan hal ehwal peserta dan komunikasi. Apatah lagi kini saluran dan aplikasi komunikasi semakin hebat, canggih dan pantas.

Justeru itu, wadah portal e-peserta yang boleh dicapai di www.epeserta.com.my kita bangunkan malah akan terus kita kembang-luaskan. Objektif utamanya berperanan sebagai perkakas utama untuk mendekatkan lagi Warga Peserta dengan Pengurusan khususnya dengan Kumpulan HEPK menerusi perkongsian-perkongsian tentang perkembangan terkini yang dilaksanakan oleh Kumpulan ini yang dijana oleh tujuh (7) Bahagiannya iaitu Pengurusan & Perhubungan Peserta, Pengurusan Institusi Peserta, Pengurusan Keusahawanan Peserta, Pengurusan Informasi & Kewangan Peserta, Komunikasi Komersial, Komunikasi Stakeholder dan Komunikasi Strategik.

Di samping itu ciri kepenggunaannya secara interaktif (saling brtindak dan berhubung secara langsung), portal e-peserta juga berkebolehan menyediakan perkhidmatan semakan langsung untuk Warga Peserta mengetahui maklumat peribadi dan keluarga yang terkini, maklumat keuntungan boleh agih, maklumat kos pembangunan projek serta  juga boleh dibuat cetakan segera.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk menyatakan harapan semoga keberadaanquote portal e-peserta yang dekat dengan seluruh Warga Peserta ini dapat terus dimanfaatkan sepenuhnya demi kelangsungan binaan hubungan akrab dan harmoni dengan Pengurusan yang sedia terjalin dengan kukuh selama ini.

Manakala kepada seluruh Warga Kerja Kumpulan HEPK di semua peringkat di HQ, Wilayah dan Kawasan khususnya Bahagian Pengurusan Informasi & Kewangan Peserta, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana secara terselaras dan tersusun membangun dan merealisasikan binaan portal e-peserta ini demi manfaat Warga Peserta sekaliannya.

Sekian, Salam Hormat & Terima Kasih                                                                                                                                                                                  



Encik Mohammad Bin Ab Rahman
Ketua Pegawai Kumpulan Hal Ehwal Peserta dan Komunikasi