Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

14.4.2025 - Lš—”š—Ŗš—”š—§š—”š—” š—£š—˜š— š—”š—”š—§š—”š—Øš—”š—” š—£š—˜š—”š—šš—”š—„š—”š—› š—”š—˜š—šš—˜š—„š—œ š—™š—˜š—Ÿš—–š—„š—” š—•š—˜š—„š—›š—”š—— š—š—¢š—›š—¢š—„ š—žš—˜ š—£š—„š—¢š—š—˜š—ž š—£š—¢š—šš—¢š—› šŸ®š—” š—™š—”š—¦š—” šŸ­ & šŸ®

May 9, 2025, 10:24 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

14.4.2025 - Pengarah Negeri Felcra Berhad Johor, Tuan Bukhari bin Abd. Latif telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Felcra Pogoh 2A Fasa 1 dan Fasa 2. Beliau diiringi oleh En. Ahmad Hafizuddin bin Fattahaiariffin, Pengurus Perladangan Felcra Negeri Johor serta dihadiri oleh Pengurus KPFB Johor, Pengurus Kawasan, dan Penyelia Projek. Lawatan ini bertujuan menilai kemajuan projek yang kini berada pada fasa hampir siap penanaman.

Sepanjang lawatan, Tuan Pengarah telah meninjau kawasan ladang dan memberi perhatian terhadap pelaksanaan kerja seperti, susun atur tanaman, serta kepatuhan terhadap jadual. Beliau turut menyampaikan amanat dan teguran membina bagi memperkemas pengurusan dan memastikan keberkesanan projek berjalan mengikut perancangan.

Pihak pengurusan Felcra Pogoh merakamkan penghargaan atas keprihatinan dan panduan yang diberikan. Segala arahan dan saranan akan diambil tindakan sewajarnya. Diharapkan Projek Pogoh 2A Fasa 1 dan 2 dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan memberi manfaat kepada peserta serta komuniti setempat.
492044581_122215299062237782_8718758541841468517_n
491969865_122215299170237782_8312035987520072208_n