Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

8.4.2025 - FELCRA Pelita Jemoreng Sdn Bhd melaksanakan tanggungjawab sosial syarikat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM814,971.23 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS)

May 9, 2025, 10:09 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

8.4.2025 - FELCRA Pelita Jemoreng Sdn Bhd melaksanakan tanggungjawab sosial syarikat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM814,971.23 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

Penyerahan zakat perniagaan tersebut telah diadakan di Ibu Pejabat TBS dan disempurkan oleh Pengerusi FELCRA Pelita Jemoreng Sdn Bhd Y.Bhg Datu Sr Zaidi Mahdi kepada Pengurus Besar TBS, Y.Bhg Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie yang turut disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Baitulmal dan Wakaf, Y.Bhg Datu Abang Helmi Tan Sri Abang Ikhwan.

FELCRA Pelita Jemoreng Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usahasama antara FELCRA Berhad dan LCDA Holdings Sdn Bhd.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Pelita Jemoreng Sdn Bhd, Bibi Umizah Osman, Hamzah Yak @ Sebeli Penolong Pengarah Negeri FELCRA Berhad Sarawak, Zaidi Awi, Pengurus Estet FELCRA Pelita Jemoreng Sdn Bhd.
488945928_703368249018985_6999168031930238847_n