Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur
Aduan & Pertanyaan
Untitled-1

...


...

PRODUK USAHAWAN

...

BULETIN FELCRA

15 Mac 2023 - Majlis Tilawah Al-Quran Institusi Peserta FELCRA Berhad.

Mar 23, 2023, 10:44 AM by redzwan redzwan

15 Mac 2023 - Majlis Tilawah Al-Quran Institusi Peserta FELCRA Berhad pada hari ini disambut meriah oleh warga kerja dan peserta FELCRA Berhad yang memenuhi ruang auditorium.
Menurut Encik Mohammad bin Ab Rahman, Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta Dan Komunikasi FELCRA Berhad merangkap Penasihat Majlis Tilawah Al-Quran Institusi Peserta FELCRA Berhad beliau terharu melihat sambutan orang ramai terhadap majlis ini kerana menandakan minat masyarakat kepada majlis agama semakin tinggi.
Al-Quran sebagai sumber ilmu untuk dijadikan petunjuk dalam.kehidupan manusia. Justeru, kita perlu menghayati dan memahami bacaan ayat suci Al-Quran dengan sepenuh hati.
Al-Quran juga dapat memupuk semangat cintakan kepada agama Islam dan memperkasakan elemen kerohanian manusia supaya sentiasa mengejar keredhaan ALLAH SWT.
Beliau turut mengharapkan agar majlis ini dijadikan acara rasmi setiap tahun dan penyertaan dibuka lebih meluas terutama kalangan staf.
Sebelum itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad dan Pengurusan serta semua Jawatankuasa yang telah menjayakan Majlis Tilawah Al-Quran Institusi Peserta FELCRA Berhad tahun 2023.
Tahniah juga diucapkan kepada semua qari dan qariah yang terdiri daripada WADIRA dan Belia yang mewakili 8 buah wilayah.

335463308_6112388298819624_2170320326876795533_n

LENSA FELCRA