Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur
Aduan & Pertanyaan
Untitled-1

...

PRODUK USAHAWAN

...

BULETIN FELCRA

17 Mei 2022 - π—™π—˜π—Ÿπ—–π—₯𝗔 π—”π—šπ—œπ—› π——π—¨π—œπ—§ π—­π—”π—žπ—”π—§ π—žπ—˜π—£π—”π——π—” π—šπ—’π—Ÿπ—’π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗔𝗦𝗑𝗔𝗙 π——π—œ π——π—”π—˜π—₯𝗔𝗛 π—Ÿπ—œπ— π—•π—”π—‘π—š

May 20, 2022, 09:53 AM by redzwan redzwan
Keuntungan perniagaan mereka telah dizakatkan kepada zakat perniagaan dan diagihkan di seluruh Malaysia.

17 Mei 2022 - π—™π—˜π—Ÿπ—–π—₯𝗔 π—”π—šπ—œπ—› π——π—¨π—œπ—§ π—­π—”π—žπ—”π—§ π—žπ—˜π—£π—”π——π—” π—šπ—’π—Ÿπ—’π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗔𝗦𝗑𝗔𝗙 π——π—œ π——π—”π—˜π—₯𝗔𝗛 π—Ÿπ—œπ— π—•π—”π—‘π—š
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah mengagihkan keuntungan zakat perniagaan berjumlah RM50,000 untuk diagihkan kepada golongan asnaf yang memerlukan.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia Datuk Hasbi Habibollah berkata, pada tahun ini daerah Limbang telah dipilih sebagai salah satu tempat bagi pengagihan duit zakat FELCRA.
“Keuntungan perniagaan mereka telah dizakatkan kepada zakat perniagaan dan diagihkan di seluruh Malaysia.
“Jadi alhamdulillah tahun ini Limbang dipilih sebagai salah satu tempat untuk pengagihan duit zakat tersebut yang keseluruhannya berjumlah RM50,000,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Golongan Asnaf dan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Parlimen Limbang merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia di Dewan Kampung Bunga Raya Limbang pada Sabtu.
Sementara itu, ketika ditemui Datuk Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang memberitahu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar sentiasa meneruskan kesinambungan pembangunan di daerah Limbang dengan melaksanakan banyak program dan projek pembangunan.
“Saya sendiri bersama kedua-dua ADUN, Datuk Dr Abdul Rahman dan Paulus Palu Gumbang dan juga Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan khususnya kita di utara negeri Sarawak ini memang banyak permohonan-permohonan telah kita ajukan untuk diluluskan kerajaan khususnya untuk infrastruktur, pembangunan ekonomi rakyat dan sebagainya,” ujarnya.
Seramai 166 orang golongan asnaf menerima sumbangan duit zakat FELCRA Berhad dan turut disampaikan Surat Tawaran Geran Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dari KEMAS kepada 3 orang penerima dari golongan B40 yang mempunyai perusahaan sendiri.
Turut sama hadir Pengarah MARA Negeri Sarawak Dr Azmi Amat Murjan, Pengarah KEMAS Negeri Sarawak Khairuddin Md Nasir, Pengarah RISDA Negeri Sarawak Shaharuddin Saberi, Pengarah GIATMARA Negeri Sarawak Abdul Halem Serojai, Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Sarawak Mohd Nawawi Wahab dan Pemanca Abu Bakar Tinggal. -EDISI UKAS

281710295_345577137670791_7396500955572929639_n

LENSA FELCRA