Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur
Aduan & Pertanyaan
Untitled-1

...

PRODUK USAHAWAN

...

BULETIN FELCRA

24 Februari 2022 - FELCRA Berhad mengisytiharkan Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P) tahun 2021 kepada pesertanya berjumlah RM272.75 juta.

Mar 10, 2022, 09:59 AM by redzwan redzwan
“Walaupun FELCRA antara syarikat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dari segi kekurangan tenaga kerja dan tahap pengeluaran hasil, cabaran itu tidak menghalang bagi FELCRA mempertingkatkan usaha untuk mengoptimumkan pulangan dividen kepada para pesertanya.

24 Februari 2022 - FELCRA Berhad mengisytiharkan Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P) tahun 2021 kepada pesertanya berjumlah RM272.75 juta.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan keuntungan Boleh Agih FELCRA bagi tahun 2021 berjumlah RM475.2 juta.
Menurut beliau, ia merupakan peningkatan 199 peratus atau RM316.12 juta berbanding keuntungan tahun 2020 berjumlah RM159.086 juta.
“Walaupun FELCRA antara syarikat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dari segi kekurangan tenaga kerja dan tahap pengeluaran hasil, cabaran itu tidak menghalang bagi FELCRA mempertingkatkan usaha untuk mengoptimumkan pulangan dividen kepada para pesertanya.
Antaranya melalui penambahbaikan proses aliran kerja, peningkatan penggunaan mekanisasi serta pengenalan automasi secara berkesan."
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengisytiharan dan Penyerahan Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta FELCRA Berhad 2021 di Dewan HASIL di Kluang, Johor, hari ini.
274540152_292013306360508_8260347543169631092_n



274551981_292013316360507_1000004944048186533_n

274299547_292013329693839_1362414453784324377_n

LENSA FELCRA