Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur
Aduan & Pertanyaan
Untitled-1

...


...

PRODUK USAHAWAN

...

BULETIN FELCRA

26 Julai 2022 - KPLB salur RM10.01 juta perkasa usahawan FELCRA

Jul 27, 2022, 09:50 AM by redzwan redzwan
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan, keusahawanan merupakan strategi bagi membantu mempelbagaikan sumber pendapatan warga peserta FELCRA tidak hanya menumpukan kepada bayaran agihan keuntungan hasil komoditi sahaja.

KUALA LUMPUR, 26 Julai 2022 - Sejumlah RM10.01 juta telah disalurkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kepada FELCRA Berhad dalam Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Ia bagi melaksanakan lima aktiviti utama iaitu Penglibatan Komuniti, Kelestarian Industri Desa, Perlengkapan Premis Perniagaan, Agro-Pertanian dan Pembangunan Hasil Baharu yang melibatkan 568 usahawan dan peserta.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan, keusahawanan merupakan strategi bagi membantu mempelbagaikan sumber pendapatan warga peserta FELCRA tidak hanya menumpukan kepada bayaran agihan keuntungan hasil komoditi sahaja.
Tambah beliau, ia juga merupakan inisiatif untuk membudayakan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan komuniti warga peserta.
Beliau memberitahu media selepas menyampaikan anugerah kepada 77 orang usahawan luar bandar komuniti peserta FELCRA Berhad yang telah berjaya di dalam pertandingan Anugerah Kecemerlangan Keusahawanan Peserta (AKUP) 2021 yang diadakan di ibu negara, malam tadi.

294207945_391847443043760_4491072501081647740_n

LENSA FELCRA