Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur
Aduan & Pertanyaan
Untitled-1

...

PRODUK USAHAWAN

...

BULETIN FELCRA

26 Mei 2022 - Sambutan Aidilfitri FELCRA Berhad Wilayah Tengah disambut Meriah.

May 30, 2022, 15:22 PM by redzwan redzwan
sumbangan aidilfitri turut diberikan kepada Persatuan Pesara FELCRA Negeri Sembilan, Tahfiz Darul Ulum Kuala Pilah dan juga Rumah Tunas Harapan Payong oleh FELCRA Berhad

KUALA PILAH 26 Mei 2022 - Warga Staf dan tetamu memeriahkan Majlis Cahaya Aidilfitri FELCRA Berhad Wilayah Tengah yang diadakan di Dewan Dato’ Bahaman Kuala Pilah.
Majlis bermula jam 11 pagi dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FELCRA Berhad, YBhg. Dato' Mat Roni bin Zakaria bersama isteri Datin Rohani binti Ariffin ; Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Tengah, Tuan Haji Musthafa Bin Sulaiman dan barisan Pengurusan Tertinggi FELCRA Berhad. Majlis dimulakan dengan lawatan gerai-gerai makanan yang memeriahkan majlis Hari Raya
Dalam majlis tersebut, sumbangan aidilfitri turut diberikan kepada Persatuan Pesara FELCRA Negeri Sembilan, Tahfiz Darul Ulum Kuala Pilah dan juga Rumah Tunas Harapan Payong oleh FELCRA Berhad.
Pelbagai gerai menghidangkan pelbagai juadah hari raya, antaranya sate, ketupat, lemang, kambing golek dan kuih-muih. Majlis turut diserikan lagi dengan pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis tersebut.

282739405_351438977084607_1511482207942131935_n

LENSA FELCRA