Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur
Aduan & Pertanyaan
Untitled-1

...


...

PRODUK USAHAWAN

...

BULETIN FELCRA

26 November 2022 - Mesyuarat Agung Institusi WADIRA Kampung Belimbing bagi sesi 2022-2024

Nov 29, 2022, 09:15 AM by redzwan redzwan
FELCRA juga pada masa yang sama akan sentiasa memberikan sokongan dan bantuan yang tidak putus kepada WADIRA dengan penyaluran bantuan modal perniagaan serta peralatan sokongan untuk merancakkan aktiviti sosio ekonomi ahli. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Suhaila binti Ahmad Zaidi Pengerusi Institusi WADIRA Kampung Belimbing, Padawan dan masih diberi

26 November 2022, Kampung Darul Islam Belimbing Padawan: Ketua Unit Pembangunan Peserta Encik Hamzah Bin Yak mewakili Cartaker Pengurus Besar Wilayah Sarawak telah merasmikan Mesyuarat Agung Institusi WADIRA Kampung Belimbing bagi sesi 2022-2024
Wanita Dinamis FELCRA atau singkatan WADIRA adalah institusi yang dianggotai oleh wanita warga FELCRA. Institusi ini bertindak sebagai penyelaras dalam merencanakan aktiviti sosial dan ekonomi untuk wanita FELCRA. Antara objektifnya adalah melahirkan wanita berpengetahuan, maju, progresif dan dinamik.
Dalam ucapan, beliau yakin WADIRA mampu menonjol sebagai pertubuhan wanita yang berketerampilan khususnya dalam mengharungi cabaran ekonomi masa kini. Ia juga lambang kejayaan pembangunan wanita FELCRA yang legasinya akan berterusan selaras dengan kejayaan dan pembangunan ekonomi negara.
Beliau mengharapkan supaya WADIRA akan lebih dikenali sebagai institusi penting dan tulang belakang dalam pembangunan untuk menambah pendapatan isi rumah di kalangan peserta FELCRA khasnya.
FELCRA juga pada masa yang sama akan sentiasa memberikan sokongan dan bantuan yang tidak putus kepada WADIRA dengan penyaluran bantuan modal perniagaan serta peralatan sokongan untuk merancakkan aktiviti sosio ekonomi ahli.
Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Suhaila binti Ahmad Zaidi Pengerusi Institusi WADIRA Kampung Belimbing, Padawan dan masih diberi kepercayaan sekali lagi oleh ahli sebagai pengerusi bagi sesi 2022-2024.
Turut hadir di dalam mesyuarat agung yang dilaksanakan 2 tahun sekali ini, Puan Hajah Dewi binti Hj Pit, Eksekutif Pembangunan Peserta Wilayah, Encik Mumad bin Usop Pengurus Kawasan FELCRA Berhad Kampung Belimbing, serta lebih 50 orang ahli WADIRA Kampung Belimbing.
316955962_183088074380341_2475653311314752411_n