Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur
Aduan & Pertanyaan
Untitled-1

...

PRODUK USAHAWAN

...

BULETIN FELCRA

4 Februari 2022 - Program Penyerahan Rasmi Projek Pemajuan Kawasan (PPK) Kg. Gelung Pepuyu, Perak Tengah.

Feb 7, 2022, 11:10 AM by redzwan redzwan
Program ini juga dapat mewujudkan petempatan baru yang lebih terancang dan teratur khususnya bagi penduduk luar bandar yang tergolong dalam golongan miskin tegar (e-Kasih), miskin dan golongan berpendapatan rendah (B40).

4 Feb - Program Penyerahan Rasmi Projek Pemajuan Kawasan (PPK) Kg. Gelung Pepuyu, Perak Tengah telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna Taman Aman Jaya.
Dokumen penyerahan ini telah ditandatangani oleh YBhg. Dato' Hajah Norrison binti Ramli selaku Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pembangunan Luar Bandar, YBhg. Puan Rozalinawati binti Che Roslee selaku Pegawai Daerah Seri Iskandar dan YBhg. Dato' Mat Roni bin Zakaria selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FELCRA Berhad.
Program Pemajuan Kawasan (PPK) merupakan program membangunkan suatu petempatan baru atau menyusun semula kampung sedia ada secara terancang di kawasan luar bandar yang dilengkapi dengan kemudahan asas dan ameniti sosial, mewujudkan petempatan baru yang lebih terancang dan teratur khususnya bagi penduduk luar bandar yang terdedah kepada ancaman bencana alam, ancaman keselamatan, ancaman kesihatan dan petempatan yang terletak di kawasan yang tidak sesuai dan aksebiliti yang sukar.
Program ini juga dapat mewujudkan petempatan baru yang lebih terancang dan teratur khususnya bagi penduduk luar bandar yang tergolong dalam golongan miskin tegar (e-Kasih), miskin dan golongan berpendapatan rendah (B40).

272972307_279589660936206_4975649968362079663_n

LENSA FELCRA