Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur
Aduan & Pertanyaan
Untitled-1

...


...

PRODUK USAHAWAN

...

BULETIN FELCRA

4 Mei 2023 - KKDW fokus seimbangkan projek luar bandar dan bandar

May 24, 2023, 09:20 AM by redzwan redzwan
Katanya, ia dapat menjadikan persekitaran desa atau luar bandar di Sarawak lebih kondusif demi kesejahteraan masyarakat kawasan luar bandar supaya dapat menikmati kemudahan asas seperti di kawasan bandar. Untuk rekod, KKDW memperuntukkan sebanyak RM917 juta tahun ini untuk pelaksanaan 214 projek di Sarawak.

KOTA SAMARAHAN: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memberi fokus untuk melaksanakan projek pembangunan luar bandar dengan bandar terutamanya di Sarawak.
Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang berkata, kementerian memberi tumpuan untuk melaksanakan 14 projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dengan peruntukan RM170.5 juta, 76 projek jalan luar bandar yang bernilai RM169 juta, dan 56 projek bekalan air luar bandar bernilai RM136 juta.
“Selain itu, kementerian juga melaksanakan 30 projek jambatan luar bandar, dua projek jalan luar bandar dan satu Program Kemudahan Sosial (PAMS), selain projek dan program yang dilaksanakan agensi di bawah KKDW seperti MARA, Felcra, Risda dan Kemas.
“Kerajaan memahami kepentingan kesejahteraan rakyat di negeri ini dengan meningkatkan kemudahan asas di luar bandar.
“Diharapkan pembangunan ini dapat dilaksanakan dengan lebih efektif melalui program dan aktiviti infrastruktur, prasarana, pembangun modal insan dan juga sosioekonomi,” katanya.
Ahli Parlimen Kota Samarahan itu berkata demikian pada sidang media sempena majlis Rumah Terbuka Hari Raya anjurannya di Dewan Suarah Kota Samarahan, hari ini.
Dalam pada itu, Rubiah berkata, dengan penambahan projek dan program yang dilaksanakan di luar bandar negeri ini, jurang antara bandar dengan luar bandar dapat dirapatkan.
Katanya, ia dapat menjadikan persekitaran desa atau luar bandar di Sarawak lebih kondusif demi kesejahteraan masyarakat kawasan luar bandar supaya dapat menikmati kemudahan asas seperti di kawasan bandar.
Untuk rekod, KKDW memperuntukkan sebanyak RM917 juta tahun ini untuk pelaksanaan 214 projek di Sarawak.

Oleh Mohd Neenatul Aizal & Azreen Keria

344726457_1777327806047384_840065839440642783_n

LENSA FELCRA