Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur
Aduan & Pertanyaan
Untitled-1

...


...

PRODUK USAHAWAN

...

LENSA FELCRA

19 Disember 2021 - KKF Prihatin Kepada Anggota Yang Menjadi Mangsa Banjir.

Dec 29, 2021, 15:04 PM by redzwan redzwan
Peristiwa banjir yang telah melanda banyak negeri terutama di kawasan Lembah Klang semalam telah menarik perhatian KKF. KKF bersedia menghulurkan bantuan agar dapat meringankan bebanan yang ditanggung anggota yang terlibat dengan bencana tersebut. Di bawah kemudahan Tabung Kebajikan Anggota (TKA), pihak KKF bersedia menghulurkan bantuan bencana kepada mana-mana anggota KKF yang terkesan dengan apa-apa bencana alam seperti banjir besar. Para anggota yang layak menerima bantuan ini diharapkan dapat memaklumkan perkara ini kepada pihak KKF agar sumbangan dapat disampaikan dengan segera. Pemakluman boleh dibuat melalui pendaftaran terus ke link dibawah berikut : https://forms.gle/wPWyFJtXxmeKeWis6 Walaupun KKF bergiat aktif dengan mengorak langkah dalam bidang perniagaan, namun aspek kebajikan anggota tidak pernah diketepikan dan KKF sentiasa berharap skop bantuan ini dapat dikembangkan agar lebih ramai anggota boleh menikmati manfaatnya.
Back to all videos