Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur
Aduan & Pertanyaan
Untitled-1

...


...

PRODUK USAHAWAN

...

LENSA FELCRA

11-12 November 2021 - Jelajah Jawatankuasa Anugerah Kecemerlangan Usahawan Peserta (AKUP) 2021

Nov 29, 2021, 09:10 AM by 11-12 November 2021 - Jelajah Jawatankuasa Anugerah Kecemerlangan Usahawan Peserta (AKUP) 2021
Ahli Jawatankuasa Anugerah Kecemerlangan Usahawan Peserta (AKUP) 2021 Peringkat Nasional yang diketuai oleh Tuan Haji Zainul Anzaid Haji Seman, Pengurus Besar Pengurusan Institusi FELCRA Berhad mewakili YBhg. Encik Mohammad Ab Rahman, Pengarah Hal Ehwal Peserta FELCRA Berhad telah meyantuni Usahawan Bimbingan FELCRA Berhad di Wilayah Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang) dan Wilayah Perak dalam sesi penilaian bagi memilih usahawan yang berkelayakan bagi memenangi Anugerah Kecemerlangan Usahawan Peserta (AKUP) 2021 Peringkat Nasional. Bagi Wilayah Utara dan Wilayah Perak, sebanyak 6 penyertaan usahawan bagi kategori pertandingan Usahawan Jaya Platinum (Usahawan Mikro dan Kecil). Usahawan-usahawan yang telah menyertai AKUP 2021 Peringkat Nasional ialah :- Nama : Encik Wan Nan Bin Wan Din Wilayah : Utara Lokasi : Lubuk Sireh Kluster : Perkhidmatan Sub kluster : Kedai Runcit Kategori : Mikro + Kecil Kategori Usahwan : Usahawan Jaya Platinum Nama : Puan Hasnah binti Abdullah Wilayah : Utara Lokasi : Lubuk Sireh Kluster : Perkhidmatan Sub kluster : Kedai Runcit dan Pengangkutan Kategori : Mikro + Kecil Kategori Usahwan : Usahawan Jaya Platinum Nama : Puan Aziati binti Mohamed Salleh Wilayah : Perak Lokasi : Sungai Siput Kluster : Perkhidmatan Sub kluster : Jahitan Langsir Dan Hiasan Dalaman Kategori : Mikro + Kecil Kategori Usahwan : Usahawan Jaya Platinum Nama : Puan Normaziana binti Omar Wilayah : Perak Lokasi : Seberang Perak Kluster : Perkhidmatan Sub kluster : Butik Pengantin Kategori : Mikro + Kecil Kategori Usahwan : Usahawan Jaya Platinum Nama : Encik Muhammad Faiz bin Alias Wilayah : Perak Lokasi : Nasaruddin Pemulihan Kluster : Makanan Sub kluster : Sos cili Kategori : Mikro + Kecil Kategori Usahwan : Usahawan Jaya Platinum Nama : Haji Nurul Thany bin Haji Rasidi Wilayah : Perak Lokasi : Sungai Malau Kluster : Makanan Sub kluster : Biskut Potong, Biskut Kacang Kategori : Mikro + Kecil Kategori Usahwan : Usahawan Jaya Platinum Turut hadir bersama dalam sesi penilaian tersebut ialah Puan Dina Alfa Arun (Pengurus Besar Pengurusan Sumber Sosio Ekonomi Peserta), Puan Putrisal Puteh (Pengurus Besar Informasi Peserta Dan Data) dan beberapa orang pegawai daripada bawah Hal Ehwal Peserta FELCRA Berhad.
Back to all videos