Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur
Aduan & Pertanyaan
Untitled-1

...


...

PRODUK USAHAWAN

...

LENSA FELCRA

4/10/2021 - Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Peserta FELCRA Rompin A

Oct 12, 2021, 10:45 AM by 4/10/2021 - Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Peserta FELCRA Rompin A
JEMPOL: Seramai 159 penduduk FELCRA Rompin A menerima hak milik tanah dari Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun semalam Ini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk membantu menyelesaikan isu-isu hak milik peneroka di Negeri Sembilan. Isu yang berlarutan sejak tahun 1979 ini akhirnya selesai dengan pemberian geran hak milik kepada peserta. “Para peserta FELCRA Rompin A telah mengorbankan masa dan tenaga mengusahakan tanaman getah sejak sekian lama dan hari ini boleh mengeluarkan hasil getah. Alhamdulillah impian tuan puan untuk memiliki hak milik tanah sudah tercapai." kata beliau. Kerajaan Negeri menghargai kesabaran peneroka-peneroka serta mengucapkan tahniah kerana berjaya menerima hak milik yang mereka nantikan selama ini. Semoga hak milik ini dapat dijaga dengan baik dan pemilik tanah menjalankan tanggungjawab membayar cukai tahunan. Untuk makluman, setiap orang penerima hakmilik menerima geran bagi tanah seluas lebih kurang 6 ekar. Secara keseluruhannya FELCRA Rompin berkeluasan 1,199 ekar dan ditanam dengan tanaman getah dan sawit. Turut hadir, Exco Kesejahteraan Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong; Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato’ Mohd Khidir Majid dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan, YBhg Dato’ Ishak Md.Napis.
Back to all videos