Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur
Aduan & Pertanyaan
Untitled-1

...


...

PRODUK USAHAWAN

...

LENSA FELCRA

Majlis penyerahan surat hak milik rancangan tanah kelompok (RTK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bebar, Pekan

Apr 12, 2021, 15:25 PM by 2.4.2021- Majlis penyerahan surat hak milik rancangan tanah kelompok (RTK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bebar, Pekan
seramai 470 individu menerima penyerahan surat hak milik rancangan tanah kelompok (RTK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bebar, Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah yang telah disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail - Hadir sama, Exco Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi Dan Multimedia Negeri Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud serta Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Pahang, Tuan Haji Nor Zahari Zakaria - Kerajaan Pahang bercadang memendekkan tempoh proses permohonan pemberimilikan ke atas rancangan tanah berkelompok di negeri ini. - Beliau berkata, cadangan itu akan diperhalusi dan dipertimbangkan kerana proses kelulusan tanah kini mengambil tempoh sehingga 14 tahun. - "Bagi kita tempoh 14 tahun satu jangka masa panjang dan saya sangat berkeyakinan masih ada ruang untuk tempoh kelulusan tanah ini dipendekkan. - "Jadi, kita perlu melihat faktor-faktor yang menyebabkan proses kelewatan kelulusan permohonan tanah yang dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Galian," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis. - Tambahnya, tanah yang dipohon oleh rakyat akan dibangunkan oleh agensi kerajaan seperti FELCRA Berhad bagi tujuan pertanian. - "Jadi, penantian selama 14 tahun pemohon untuk mendapatkan geran tanah akhirnya selesai," kata beliau. - Sementara itu, penerima, Zainal Abidin Ibrahim, 76, bersyukur kerana permohonan tanah olehnya sudah diluluskan oleh pihak kerajaan. - "Tanah seluas 1.6 hektar ini akan diusahakan oleh FELCRA Berhad untuk penanaman sawit," katanya.
Back to all videos