Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur
Aduan & Pertanyaan
Untitled-1

...


...

PRODUK USAHAWAN

...

LENSA FELCRA

Program Peduli Prihatin FELCRA Berhad Di Projek FELCRA Seri Mahkota serta Kg Labong

Feb 18, 2021, 12:12 PM by 10/2/2021 - Program Peduli Prihatin FELCRA Berhad Di Projek FELCRA Seri Mahkota
YB Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Ahli Parlimen Mersing merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar, turut turun padang menjayakan Program Peduli Prihatin FELCRA Berhad baru-baru ini, bersama-sama YB Pn Hajah Alwiyah Talib (ADUN Endau) serta En Mohd Nazrul Izam Mansor (Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad). Untuk sesi Program Peduli Prihatin di Projek FELCRA Seri Mahkota, beliau berpeluang bersama menyantuni sejumlah 29 orang Peserta yang turut dilengkapkan dengan sumbangan bakul makanan bagi mengurangkan beban mereka ketika PKP serta kesan banjir yang dialami baru-baru ini. InshaaAllah, Peserta-Peserta lain yang di dalam kawasan Mersing akan turut disantuni dari masa ke semasa secara bergilir-gilir mengikut tatacara dan SOP Majlis Keselamatan Negara berhubung situasi Covid-19. Ini adalah berdasarkan keprihatinan bersama antara Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan FELCRA Berhad dalam mengurangkan risiko pendedahan kepada Para Peserta dengan tiada keperluan berkumpul terlalu ramai pada satu satu masa.
Back to all videos