Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur
Aduan & Pertanyaan
Untitled-1

...

PRODUK USAHAWAN

...

LENSA FELCRA

YB PM, telah merasmikan premis dan trak makanan Fani Soy, milik FN Maju Enterprise, sebuah syarikat(IKS) Bumiputera Usahawan FELCRA

Apr 12, 2021, 12:40 PM by 27.3.2021-YB PM, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah merasmikan premis dan trak makanan Fani Soy, milik FN Maju Enterprise,
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah merasmikan premis dan trak makanan Fani Soy, milik FN Maju Enterprise, sebuah syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera Usahawan FELCRA yang mengeluarkan produk berasaskan kacang soya di FELCRA Bukit Kepong pada Sabtu 27 Mac 2021. YAB Perdana Menteri turut di sertai oleh isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan disambut oleh pemilik syarikat itu, Pn. Noraini Ismail bersama suami, En. Mohd Fazri Mohd Saimi. YAB Perdana Menteri dan Puan Seri diberikan taklimat berkenaan operasi syarikat selain dapat mencuba sendiri produk istimewa keluaran syarikat, iaitu taufufa perisa pandan. Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kepong, Datuk Dr Shahruddin Jamal, turut hadir menjayakan lawatan tersebut bersama-sama barisan Pengurusan FELCRA Wilayah Johor. YAB Perdana Menteri seterusnya menghadiri program sarapan pagi bersama masyarakat FELCRA Bukit Kepong, di mana beliau dan isteri disambut oleh Exco Kerja Raya Pengangkutan dan Infrastruktur Johor,YB Mohd Solihan Badri,Pengurus Besar Wilayah Johor, En Wan Mokhtar bin Wan Muda,Pengurus Kawasan FELCRA Bukit Kepong En Roszaini Bin Ramly dan Ketua Kampung FELCRA Bukit Kepong Ahmad Faizal Bin Karim. Program Sarapan Pagi ini meneruskan ukhuwah dan silaturrahim yang telah lama terbina antara Masyarakat Peserta FELCRA Bukit Kepong dan YAB Perdana Menteri, yang berasal dari Muar dan sekian lama berkhidmat di Johor sebelum melanjutkan karier politik beliau di Putrajaya.
Back to all videos