Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

1 April 2023 - PELANCARAN BERAS FELCRA PERKUKUH DASAR KETERJAMINAN MAKANAN NEGARA

Apr 5, 2023, 09:05 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
Bagan Datuk, 1 April 2023 – Dalam memastikan bekalan beras domestik terus mencukupi seterusnya dapat mengimbangi pengimportan bahan makanan negara, FELCRA Berhad mengambil inisiatif melancarkan beras berkualiti dengan tekstur yang bersih hanya 5% hancur dengan harga berpatutan.
YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, FELCRA Berhad antara pemain utama dalam rantaian industri padi beras negara sehingga mampu membangunkan tanah sawah padi milik rakyat di FELCRA Berhad Seberang Perak, Perak dengan keluasan hampir 3,300 hektar.
Menurut Zahid, estet padi ini dimiliki dan dibangunkan sepenuhnya oleh 964 orang warga peserta FELCRA Berhad sehingga membentuk sebuah jelapang padi. Hasilnya, Beras FELCRA super special tempatan telah dilancarkan sebagai komitmen FELCRA Berhad untuk memastikan rakyat Malaysia mendapat bekalan beras berkualiti yang mencukupi.
Tambah beliau, teknologi moden yang dipraktikkan di estet padi ini telah meningkatkan produktiviti ladang dengan kemampuan pengeluaran hasil sebanyak 3.6 juta pek beras seberat 5kg per pek setahun di samping mampu menghasilkan beras yang selamat dan berkualiti dengan mengambil kira faktor kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja serta memelihara alam sekitar.
``KKDW amat menyokong inisiatif FELCRA Berhad kerana ia akan memberikan impak tinggi kepada pembangunan luar bandar di samping mempertingkatkan industri agromakanan negara seterusnya memperkukuhkan Dasar Keterjaminan Makanan Negara`` ujar beliau lagi.
Beliau berkata demikian pada sidang Media Majlis Iftar @ Bagan Datuk di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk semalam. Turut hadir ialah Dato` Ahmad Jazlan bin Yaakub, Pengerusi FELCRA Berhad dan Dato’ Mat Roni bin Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad.

339106604_940262347392646_8374320452251094249_n