Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

1 Februari 2022 - KKF bersama FELCRA Berhad Wilayah Pahang jayakan Program Prihatin Keluarga Malaysia.

Feb 7, 2022, 11:04 AM
Secara keseluruhan KKF melalui Tabung Kebajikan Anggota telah memperuntukkan sebanyak RM37,200 bagi membantu para anggota yang telah ditimpa musibah ini.
News Source Url : https://web.facebook.com/KOPERASIKAKITANGANFELCRABERHAD/
Select a news type : Internal News
KKF bersama FELCRA Berhad Wilayah Pahang jayakan Program Prihatin Keluarga Malaysia.
Program Prihatin Keluarga Malaysia yang diadakan di Dewan Puspa Rumpun Makmur, Temerloh, Pahang ini telah dijayakan dengan kerjasama bersama FELCRA Berhad Wilayah Pahang.
Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Pengerusi KKF, Tuan Zulkhairi bin Abd Rahim dan PBW Pahang, Tuan Wan Mokhtar bin Wan Muda kepada anggota-anggota yang terlibat akibat bencana banjir yang telah membadai negara akhir tahun lalu.
Dalam program tersebut, seramai 112 orang anggota KKF yang telah di dapati terkesan khususnya dari negeri Pahang telah menerima sumbangan ini yang disampaikan secara tunai. Dalam masa yang sama, KKF juga telah memproses pindahan wang terus ke akaun bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang berada di luar kawasan Pahang terutama di kawasan Lembah Klang.
Secara keseluruhan KKF melalui Tabung Kebajikan Anggota telah memperuntukkan sebanyak RM37,200 bagi membantu para anggota yang telah ditimpa musibah ini.
KKF juga sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan sewajarnya kepada anggota di masa akan datang bagi membantu meringankan beban anggota yang terlibat.
273179499_277864054442100_2964071916373889705_n