Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

1 Jnuari 2024 - Misi Bantuan Banjir 2023/2024 Felcra Berhad Wilayah Kelantan

Jan 29, 2024, 10:33 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
1 Januari 2024, Bencana banjir telah melanda negeri-negeri di Pantai Timur termasuk Negeri Kelantan bermula 22 sehingga 31 Disember 2023. Sehingga kini dianggarkan seramai 484 orang terkesan dengan banjir yang melibatkan staf, warga peserta dan pekerja ladang FELCRA Berhad Wilayah Kelantan melibatkan jajahan Rantau Panjang, Pasir Mas, Kuala Krai dan Machang, Kelantan.

Pengagihan adalah secara berperingkat:

1. Fasa 1: 01 Januari 2024 (190 pek)
2. Fasa 2: 03 Januari 2024 (160 pek)
3. Fasa 3: 09 Januari 2024 (134 pek)

Kerja-kerja penyediaan Kit Bantuan Asas Bencana Alam ini telah disediakan oleh staf FELCRA Berhad Wilayah Kelantan. Kit bantuan ini terdiri daripada barang-barang makanan asas, penjagaan diri dan barangan elektrik.
Agihan Kit Bantuan Asas Bencana Alam Fasa 1, telah disampaikan oleh Puan Nor Azmiza binti Mamat, Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Berhad diiringi oleh Tuan Zulkifli bin Mamat, Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad Kelantan dan Pengurusan Wilayah Kelantan kepada peserta-peserta FELCRA Berhad Kawasan Bukit Tandak yang berada di Projek Lubok Setol dan Putat Tujuh, Rantau Panjang, Kelantan.

414970642_122116918568136912_1804024705226852513_n