Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

1.6.2025 - Majlis Perasmian Penutup Tanam Semula Projek Sungai Layau 2.

Jun 13, 2025, 11:11 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

1.6.2025 - Telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Tanam Semula Projek Sungai Layau 2 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Idris bin Lasim, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad.

Majlis dimulakan dengan ucapan serta taklimat ringkas oleh YBrs. Pn. Nur Damia Khair binti Zakaria, Penolong Pengarah Negeri (Perladangan) FELCRA Johor yang menyentuh tentang perkembangan terkini projek serta cabaran-cabaran utama sepanjang pelaksanaan tanam semula ini.
Beliau turut menekankan bahawa walaupun projek ini berdepan dengan pelbagai kekangan, termasuk bekalan benih dan keadaan tanah yang mencabar, pasukan pengurusan ladang berjaya mengharunginya dengan dedikasi tinggi demi memastikan kejayaan penanaman semula benih sawit di kawasan ini.
Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani plak perasmian oleh YBhg. Dato’ CEO, diikuti dengan gimik simbolik penanaman pokok sawit bersama barisan pengurusan tertinggi FELCRA Berhad – menandakan komitmen berterusan dalam memperkasakan sektor perladangan serta kebajikan peserta projek.
🌿 Projek Sungai Layau 2 merupakan antara inisiatif penting FELCRA dalam usaha memperkukuh hasil jangka panjang peserta dan membangunkan semula kawasan tanaman secara mampan dan berkesan.

503683722_1041607758160334_7879525744447969622_n