Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

10 10 2025 - Majlis Kesyukuran Peserta Projek Malan 2 Kawasan FELCRA Berhad Kepis

Oct 22, 2025, 15:48 PM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

10.10.2025 - Majlis Kesyukuran Peserta Projek Malan 2 telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato’ Haji Muhammed bin Haji Abdullah, Undang Luak Johol. Turut hadir Encik Faiz Shafiq bin Zainal Abidin, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Tengah.

Majlis ini telah diadakan di Masjid Kampung Malan, dan turut dihadiri oleh para peserta Projek Malan 2 bersama wakil-wakil daripada pihak pengurusan FELCRA Berhad Tengah dan Pengurusan Kawasan FELCRA Kepis. Penganjuran majlis ini bertujuan menzahirkan rasa syukur atas kejayaan pelaksanaan Projek Malan 2 serta mempererat hubungan silaturahim antara peserta dan pengurusan FELCRA Berhad Tengah.
Pihak FELCRA Berhad Tengah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan majlis ini.

561309670_1566462841175806_893571514171937344_n