Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

10 April 2023 - Bayaran ini tepat pada masa ketika kami sedang berhempas pulas - Peserta Felcra

Apr 13, 2023, 10:44 AM
Sementara itu Shamsulkahar berkata bayaran tunggakan BSH kepada 99 peserta Felcra terbabit berjumlah RM332,640. Katanya. ia adalah tunggakan bagi tempoh enam bulan membabitkan bayaran bulanan sebanyak RM560.
News Source Url : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/955471/bayaran-ini-tepat-pada-masa-ketika-kami-sedang-berhempas-pulas-peserta?fbclid=IwAR0-zzglieYDt2Swj0l1N50k9uZLdApuGU21bG3b_olwIfjzau9KDxKCrjw
Select a news type : External News

10 April 2023 - Jempol: "Bayaran ini bagaikan satu rahmat tatkala peserta Felcra terpaksa berhempas pulas mencari rezeki terutama menjelang Aidilfitri," kata Ketua Peserta Felcra Rompin B, Bahari Othman.

Hari ini, seramai 99 peserta Felcra berkenaan menerima bayaran tunggakan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2022 untuk tempoh enam bulan, iaitu RM3.360 setiap seorang.

"Biarpun dibayar bagi tempoh enam bulan tunggakan, saya tetap gembira kerana wang itu membolehkan peserta membuat persiapan dan ia diberi tepat pada masanya.

"Saya juga tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan lain kerana masalah kesihatan apabila kedua-dua kaki semakin mengecil, saya juga tidak menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) atau Baitulmal kerana isteri kakitangan awam," katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar di Masjid Kariah FELCRA Rompin B malam ini.

Katanya bayaran yang akan diterima itu nanti akan diserahkan kepada isteri bagi membeli keperluan sambutan Aidilfitri.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram Padang Datuk L Manickam; Pengurus Besar Wilayah Tengah FELCRA Berhad Mohamad Yusof Ramli dan Ketua PKR Cabang Jempol Rebin Birham.

Bagi Kamarul Zaman A Latiff, 58 pula, bayaran tunggakan itu turut memberi kelegaan kepadanya ketika sedang membuat persiapan Aidilfitri.

"Biarpun hanya tunggakan enam bulan, saya tetap bersyukur kerana kerajaan tetap prihatin membela nasib peserta Felcra yang bergantung kepada BSH sementara menunggu getah yang ditanam boleh ditoreh tidak lama lagi," katanya.

Sementara itu Shamsulkahar berkata bayaran tunggakan BSH kepada 99 peserta Felcra terbabit berjumlah RM332,640.

Katanya. ia adalah tunggakan bagi tempoh enam bulan membabitkan bayaran bulanan sebanyak RM560.