Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

10 April 2023 - Majlis Iftar Titian Kasih Permata Hatiku anjuran Yayasan FELCRA dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung

Apr 13, 2023, 10:40 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
10 April 2023 - Yayasan FELCRA meraikan seramai 40 orang anak-anak yatim dalam Majlis Iftar Titian Kasih Permata Hatiku anjuran Yayasan FELCRA dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Secret Garden @ Maya Brasserie, Hotel Maya Kuala Lumpur.
Dalam majlis tersebut, Yayasan FELCRA memberi sumbangan RM2,000 untuk Rumah Amal Permata Hatiku dan RM2,000 untuk Rumah Titian Kasih yang disampaikan oleh YBrs. Encik Jaafar Abdul Malim, Setiausaha Eksekutif Yayasan FELCRA. .
Pemberian duit raya kepada anak-anak yatim turut memeriahkan majlis telah disampaikan oleh YBrs. Puan Aidatul Sima, Pengurus Besar Operasi Sumber Manusia: YBrs. Puan Wan Hasreena Wan Mohd Noor, Pengurus Besar Strategik Sumber Manusia; YBrs. Encik Ishak Hamat, Pengurus Besar Pengurusan Institusi Peserta dan YBrs. Encik Anuar Zamali, Pengurus Besar Pengurusan Dan Perhubungan Peserta.
Jelas terpancar keceriaan di wajah anak yatim apabila mereka diraikan pada majlis berbuka puasa yang penuh meriah.
Insya Allah acara ini akan menjadi tradisi bagi Yayasan FELCRA untuk meraikan mereka yang memerlukan.
340547742_219709214078257_8654685331288695526_n