Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

10 mei 2023 - mesyuarat telah diadakan oleh FELCRA Berhad bersama Tok Batin dan KPR FELCRA Berhad Kawasan Sungai Layau bagi mewujudkan destinasi tumpuan para pelancong melalui konsep Consolidated Profitable Business Unit (CPBU).

May 24, 2023, 09:24 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
10 Mei 2023 - KOTA TINGGI - Satu sesi mesyuarat telah diadakan oleh FELCRA Berhad bersama Tok Batin dan KPR FELCRA Berhad Kawasan Sungai Layau bagi mewujudkan destinasi tumpuan para pelancong melalui konsep Consolidated Profitable Business Unit (CPBU), FELCRA Berhad Kawasan Sungai Layau yang akan dijenamakan sebagai CPBU @ Marina Layau
YBhg. Encik Mohammad bin Ab Rahman, Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta Dan Komunikasi amat komited bagi memastikan FELCRA Berhad Kawasan Sungai Layau terus dibangunkan untuk dijadikan sebagai destinasi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara selepas CPBU @ Sri Bayu Inn, Langkawi (2020); CPBU @ Weng Valley, Baling (2021); CPBU @ Likeyourmarket Lekir, Sitiawan (2021) dan CPBU @ Marina Layau (terkini).
Pada masa akan datang pelbagai lokasi telah dikenalpasti bagi mewujudkan konsep CPBU iaitu CPBU @ Pasir Pelata, Hulu Terengganu (2024); CPBU @ Salong, Pekan (2024); CPBU @ Kampung Bambangan, Sandakan (2024) dan CPBU @ Kampung Rayang, Serian (2024)
Lantaran itu, konsep ini akan melibatkan JKKP, KPR, Belia dan WADIRA untuk bersama menggembeling tenaga bagi mengetengahkan pembangunan menyeluruh dimana peserta maju dan bersyukur, prasarananya lengkap, kampungnya indah dan teras ekonominya kukuh.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri bersama iaitu Encik Bukhari bin Mahadi, Ketua Bahagian Khidmat Sokongan FELCRA Berhad Wilayah Johor; Encik Ramli bin Nekmat, Tok Batin Orang Asli FELCRA Berhad Kawasan Sungai Layau dan Encik A.Rahim bin Abdul Aziz, Pengerusi KPR FELCRA Berhad Kawasan Sungai Layau.

345919927_763709588577444_2411793189166285939_n