Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

10 Ogos 2023 - BELIA FELCRA TONGGAK KEJAYAAN LUAR BANDAR

Aug 24, 2023, 09:26 AM
News Source Url : https://www.facebook.com/kkdwofficial/posts/pfbid0FZQJ6RrJY8hk4iT4RWNZTeQSMGNhg5AyjNtSgK3GDBkqbEzsCBzmaoSVkEwwgTdel
Select a news type : External News
10 Ogos 2023 - Cabaran berbeza yang dihadapi oleh belia luar bandar seharusnya dilihat sebagai satu bentuk peluang kepada mereka dan bukannya halangan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.
Menurut YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid, belia luar bandar merupakan pasukan yang merentasi jurang antara pengetahuan tradisional dan amalan moden, mengintegrasikan teknologi ke dalam pertanian dan sektor luar bandar lain.
Ini kerana, dengan dunia teknologi yang semakin pesat membangun, potensi belia luar bandar juga semakin melebar kerana ruang dan peluang yang lebih besar di desa berbanding bandar dalam bidang-bidang tertentu khasnya bidang pertanian dan perladangan.
Menurut Zahid lagi, fokus Kerajaan untuk mengukuhkan dasar keterjaminan makanan juga seharusnya dijadikan sebagai batu loncatan kepada belia untuk menceburi bidang tersebut yang kebanyakannya tersedia di luar bandar kerana kemudahan semula jadi yang terdapat di sana seperti tanah dan sumber air yang sesuai untuk industri berkaitan.
Beliau turut memuji usaha berterusan FELCRA yang sentiasa menyediakan pelbagai insentif kepada majlis belia mereka dalam memantapkan institusi Peserta FELCRA seterusnya membantu kementerian Desa dan Wilayah mencapai kemajuan di luar bandar.
Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Generasi Kedua FELCRA Berhad di Dewan Perdana ELDA, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir ialah Dato’ Mat Roni bin Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad.
366362291_636596225235546_7663328383744636430_n