Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

10.5.2024 - Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Kemajuan Desa & Wilayah Dengan Exco-exco Luar Bandar (MEXCLUB),

May 21, 2024, 11:16 AM
News Source Url : https://www.facebook.com/zahidhamidi.fanpage/posts/pfbid0Ut7APhvUxEc148ipK2f2PdTeWCNXRQLxoTvU5b7M1awVUF1uVvtuMuo73z3eRUX6l
Select a news type : External News
10.5.2024 - "Usai sahaja Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Kemajuan Desa & Wilayah Dengan Exco-exco Luar Bandar (MEXCLUB), saya berpeluang melawat reruai-reruai oleh pelbagai pengusahaan tempatan kendalian agensi-agensi di bawah KKDW seperti FELCRA BERHAD dan MARA termasuk syarikat-syarikat yang berada di bawah naungan Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB), serta Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).
Saya kagum melihat pengusaha-pengusaha tempatan yang berani melibatkan diri dalam bidang perniagaan yang luas seperti perusahaan bakeri, penghasilan madu kelulut, jualan cendawan tiram malah ternakan ikan air tawar. Malah ini membuktikan bahawa usahawan kita juga hebat dan mampu menghasilkan produk yang berkualiti.
Antara produk yang ditawarkan adalah Jus Nanas MD2, Butter Krunchy Cookies, Sambal Menangis dan macam-macam lagi di mana semua produk ini berpotensi besar untuk dipasarkan secara meluas.
Saya juga akan berusaha untuk memastikan agar produk-produk yang dipamerkan pada hari ini ada mendapat tempat yang sewajarnya di dalam pasaran tempatan. Pada masa hadapan, sekiranya produktiviti pengeluaran produk mereka ditingkatkan dan konsisten, pasti mereka akan berupaya menerobos ke pasaran dunia. Insya-Allah." -TPM
441323903_977579130406002_5423042913217893551_n
441301829_977579187072663_2801017629878016995_n