Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

10.Disember.2022 -Mesyuarat Agung Peserta Projek Tamang Sembawang 1 FELCRA Berhad Kawasan Lundu

Dec 29, 2022, 11:33 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
10.Disember.2022 -Mesyuarat Agung Peserta Projek Tamang Sembawang 1 FELCRA Berhad Kawasan Lundu telah diadakan di Dewan Masyarakat Daerah Lundu dengan kehadiran lebih kurang 400 orang pada mesyuarat agung tersebut. Mesyuarat Agung ini telah dirasmikan oleh Encik Hamzah Bin Yak, Ketua Unit Pembangunan Peserta yang mewakili Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Sarawak.
Mesyuarat Agung peserta diadakan bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada peserta menyampaikan pandangan, cadangan dan permasalahan untuk dibincangkan di dalam forum rasmi dan seterusnya membuat keputusan bersama FELCRA Berhad.
Selain itu, dapat pihak pengurusan FELCRA Berhad dapat menyalurkan informasi terkini, tepat dan secara terus kepada warga peserta mengenai pembangunan dan pengurusan FELCRA Berhad.
Melalui Mesyuarat Agung, pemilihan dibuat untuk memilih wakil dikalangan peserta sebagai Ahli Jawatankuasa Kemajuan Projek agar perbincangan dilaksanakan dengan berhemah secara berkala berkenaan pembangunan dan pengurusan projek/ladang, sosio ekonomi serta hal ehwal peserta di Kawasan.
319507327_187064467316035_3686642942857973202_n
319686856_187064473982701_5872347439310853391_n