Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

11/10/2021 KUANTAN - Peserta FELCRA yang terlibat banjir di dalam Parlimen Pekan menerima pampasan

Oct 12, 2021, 11:09 AM
“Ia membabitkan FELCRA Pahang Tenggara dari Kampung Serambi, Kampung Padang Rumbia, Kampung Temai, Kampung Tanjung Medang dan Kampung Pulau Keladi berjumlah lebih RM75,000,”
News Source Url : https://www.facebook.com/PahangMedia/
Select a news type : External News
245377570_207768128118360_1096181512697747699_n
KUANTAN : Seramai 92 orang peserta FELCRA yang terlibat banjir di dalam Parlimen Pekan menerima pampasan berjumlah lebih RM355,000.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, daripada jumlah itu, seramai 29 peserta adalah dari di Dewan Negeri (DN) Bebar.
“Ia membabitkan FELCRA Pahang Tenggara dari Kampung Serambi, Kampung Padang Rumbia, Kampung Temai, Kampung Tanjung Medang dan Kampung Pulau Keladi berjumlah lebih RM75,000,” katanya di sini hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ketika menyampaikan sumbangan kepada peserta FELCRA yang terlibat dengan banjir.
Sehubungan itu, beliau berkata, Kerajaan Pahang melalui wakil rakyat, penghulu dan ketua kampung mengambil berat, memaklumkan kepada pihak FELCRA berkenaan nasib peserta FELCRA di negeri ini yang terlibat banjir hingga mengalami kerosakkan harta benda dan rumah mereka.
Pampasan ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Pahang dan FELCRA Berhad dalam memberi pembelaan kepada rakyat di mana mereka dapat menggunakan pampasan ini untuk membaik pulih semula rumah yang rosak.
Katanya lagi, Kerajaan Pahang melalui YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Pekan, YB Dato’ Sri Najib Tun Razak juga tidak putus-putus membela nasib rakyat dimana pelbagai bantuan juga telah diberikan.