Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

11/5/2021 - Program Penyerahan ‘Mock Cheque’ Agihan Lebihan Keuntungan Tahun 2020 FELCRA Berhad Wilayah Sabah

May 19, 2021, 12:26 PM
FELCRA Berhad Wilayah Sabah telah memajukan tanah di Negeri Sabah dengan keluasan 6,493 hektar di 6 Kawasan di Negeri Sabah melibatkan 43 buah projek, 33 tanah milik individu dan 9 Koperasi dengan tanaman Kelapa Sawit manakala 1 projek tanah milik dengan tanaman getah.
News Source Url : https://www.facebook.com/OfficialPageWilayahSabah/
Select a news type : Internal News

184973562_2914341382139579_1362272870893991641_n


#SalamFELCRACares
Program Penyerahan ‘Mock Cheque’ Agihan Lebihan Keuntungan Tahun 2020 FELCRA Berhad Wilayah Sabah yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Jahid Jahim, Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah, Pada 11 Mei 2021, Bertempat di Pejabat Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Jam 10.30 pagi.
FELCRA Berhad Wilayah Sabah telah memajukan tanah di Negeri Sabah dengan keluasan 6,493 hektar di 6 Kawasan di Negeri Sabah melibatkan 43 buah projek, 33 tanah milik individu dan 9 Koperasi dengan tanaman Kelapa Sawit manakala 1 projek tanah milik dengan tanaman getah.
Pembayaran agihan keuntungan kepada peserta projek di Negeri Sabah pada Tahun 2020 berjumlah RM7,917,725.25 melibatkan 3 fasa agihan:-
- Interim pertama melibatkan bilangan 18 projek, 760 orang peserta, dengan keluasan tanah 3,259.04 hektar dan keuntungan agihan dividen sebanyak RM 989,139.99
- Interim kedua melibatkan bilangan 21 projek, 795 orang peserta, dengan keluasan tanah 3,228.81 hektar dan keuntungan agihan dividen sebanyak RM 1,732,561.36
- Dividen akhir pula melibatkan bilangan 19 projek, 571 orang peserta, dengan keluasan tanah 3,272.16 hektar dan keuntungan agihan dividen sebanyak RM 5,196,023.90
Keuntungan akhir ini melengkapkan agihan keuntungan tahunan sebanyak 3 kali agihan setahun iaitu Interim 1 (bulan Ogos), Interim 2 (bulan Disember), Dividen Akhir (April) setelah akaun kewangan terakhir projek ditutup. Pembayaran agihan akhir tahun 2020 ini telah diagih secara ‘online’ ke akaun bank peserta berperingkat bermula 27 April 2021 lalu.
Sepanjang program pembangunan tanah oleh FELCRA Berhad di Negeri Sabah sejak tahun 2001 hingga kini, FELCRA Berhad telah mengagihkan pulangan keuntungan kepada peserta projek sebagai dividen berjumlah RM224,056,877.18
Turut hadir dalam Program Penyerahan ‘Mock Cheque’ Agihan Lebihan Keuntungan Tahun 2020 FELCRA Berhad Wilayah Sabah :-
Encik Irman bin Abok,
Pengurus Besar Wilayah
FELCRA Berhad Sabah
Encik Aliasan bin Kerman
Pengurus Pentadbiran
FELCRA Berhad Wilayah Sabah
Encik Syed Iswary bin Ismail
Pengurus Kawasan
FELCRA Berhad Kawasan Beaufort
Wakil Ketua Peserta:
Encik Julkeply@Zulkifli bin Yacob@Yaakub
Ketua Peserta Kg. Sapok,
FELCRA Berhad Kawasan Beaufort