Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

11 DISEMBER 2023 – Anugerah Kecemerlangan Aspirasi Penempatan (AKAP) anjuran FELCRA Berhad.

Dec 21, 2023, 10:10 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
11 DISEMBER 2023 – Menerusi Anugerah Kecemerlangan Aspirasi Penempatan (AKAP) anjuran FELCRA Berhad telah mengiktiraf penempatan warga peserta ke tahap yang lebih tinggi. Penganjuran anugerah ini melibatkan 53 buah penempatan warga peserta seluruh Malaysia telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Rubiah Binti Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Menurut YB Datuk Hajah Rubiah, penganjuran Anugerah Kecemerlangan Aspirasi Penempatan Peserta (AKAP) yang dianjurkan ini merupakan inisiatif yang bagus untuk membuka minda anak-anak muda menyakini bahawa luar bandar turut berpotensi untuk menjana ekonomi seterusnya membina kehidupan. FELCRA Berhad merupakan agen pembangunan luar bandar yang diyakini untuk membangunkan luar bandar dengan manfaatnya turut dinikmati oleh masyarakat sekitar.
Anugerah ini merupakan produk keluaran FELCRA Berhad untuk memastikan di setiap penempatan mempunyai standard yang boleh dibanggakan, dimaklumkan oleh YBhg. Dato’ Idris Bin Lasim, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad. Kejayaan melestarikan 53 buah penempatan peserta ini adalah hasil kerjasama KKDW. FELCRA Berhad serta kepimpinan setempat yang terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan Projek (JKKP), Wanita Dinamis FELCRA (WADIRA), Persatuan Belia dan Koperasi Peserta FELCRA.
Turut hadirsama YBhg Dato’ Sri Ramlan Bin Dato Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
409420449_702075342020967_1730086637445019942_n