Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

11 Januari 2024 - Sesi Perkongsian Maklumat Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) dan Lembaga Kemajuan Tanah (LKT) Siri 1/2024

Jan 29, 2024, 11:25 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
Sesi Perkongsian Maklumat Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) dan Lembaga Kemajuan Tanah (LKT) Siri 1/2024 bertemakan Inovasi Pertanian Luar Bandar yang diadakan di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Putrajaya pada 10 Januari 2024 telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun, Ketua Setiausaha KKDW. Sesi ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW, YBhg. Datuk Mas Rizal bin Mohd Hilmi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKDW, YBrs. Encik Mohd Kamal bin Husin, Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan) KKDW, Pengurus-Pengurus Besar LKW dan wakil dari Bahagian - Bahagian KKDW, LKW dan LKT.
Tujuan sesi perkongsian ini diadakan adalah sebagai satu medium perkongsian ilmu mengenai best practises, membincangkan idea-idea baharu dan isu-isu lain dalam bidang pertanian serta topik-topik yang bersesuaian. Sesi ini secara tidak langsung dapat memberikan maklumat kepada LKW dan LKT bagi menambah baik program pertanian sedia ada. Selain itu, sesi ini juga bertujuan untuk mengeratkan kerjasama antara LKW dan LKT. Sepanjang sesi ini berlangsung, sebanyak enam (6) agensi telah berkongsi inovasi berkaitan pertanian yang melibatkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) serta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah (FELCRA).
KKDW merakamkan penghargaan di atas komitmen yang telah diberikan oleh Bahagian - Bahagian KKDW, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), KESEDAR, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), KEJORA, RISDA, FELCRA Berhad, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA), Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB), Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP), Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), MARDI dan PPK Kuala Langat sepanjang sesi perkongsian tersebut berlangsung.

418425827_762819099208915_2962138536620836629_n