Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

11 Mei 2023 - Majlis Mesra Aidilfitri @ FELCRA Berhad Kawasan Sungai Layau

May 24, 2023, 09:28 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
11 Mei -KOTA TINGGI - YBhg. Encik Mohammad bin Ab Rahman, Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta Dan Komunikasi menyantuni peserta-peserta FELCRA Berhad Kawasan Sungai Layau dengan menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri @ FELCRA Berhad Kawasan Sungai Layau pada pagi ini. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran oleh Tuan Anuar Merican bin Akhbar Merican, Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Johor,
Ketibaan delegasi disambut dengan Tarian Alai-Alai oleh Kumpulan Tarian FELCRA Berhad Kawasan Sungai Layau kemudian kunjungan ke gerai-gerai para peserta.
Dalam ucapan Encik Mohammad bin Ab Rahman, FELCRA Berhad melalui Kumpulan Hal Ehwal Peserta Dan Komunikasi telah meluluskan Sumbangan diluluskan untuk program program peserta FELCRA Sungai Layauu dan Kumpulan Tarian Alai-Alai FELCRA Berhad Kawasan Sungai Layau juga peruntukan khas turut disalurkan kepada institusi - institusi di FELCRA Berhad Kawasan Sungai Layau bagi persiapan menjelang Anugerah Kecemerlangan Aspirasi Penempatan (AKAP) 2023 yang akan diadakan pada tahun ini.
Pada akhir majlis tersebut, sumbangan asnaf telah disampaikan oleh Tuan Anuar Merican bin Akhbar Merican. Kemeriahan majlis turut dimeriahkan dengan pemberian duit raya kepada anak-anak peserta, pertandingan gerai yang tercantik dan cabutan bertuah.

345425449_176875281634679_892140895883093476_n
345582367_1268806123727066_4812022785710663776_n