Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

11.3.2025 - Majlis Iftar Yayasan FELCRA Bersama Anak Yatim Dan Asnaf Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh

Apr 9, 2025, 09:32 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

11.3.2025 -YBhg. Dato' Idris bin Lasim, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad menyantuni seramai 35 orang anak yatim dan asnaf dalam Majlis Iftar Yayasan FELCRA Bersama Anak Yatim Dan Asnaf Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh bertempat di Restoran HOMST Wangsa Maju.

 
 
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Yayasan FELCRA turut menyampaikan sumbangan dan duit raya kepada anak-anak yatim dan asnaf bagi meringankan beban dan menambah keceriaan mereka dalam menjalani ibadah puasa.

Program yang diadakan setiap tahun pada bulan Ramadan ini merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) Yayasan FELCRA.

Turut menyantuni anak-anak yatim dan asnaf, YBhg. Dato' Haji Sabari bin Misran, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan FELCRA dan YBrs. Encik Nasri bin Nyak Othman, Setiausaha Eksekutif Yayasan FELCRA.

483067772_122157380828341114_5281288694359448492_n