Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

12 11 2025 - Sumbangan Zakat oleh Syarikat Etika Family Takaful , FELCRA Berhad

Dec 23, 2025, 11:11 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

12 11 2025 - Program sumbangan zakat telah dirasmikan oleh Encik Muhammad Farhan Aliff Bin Dol Malek, Pengurus Kawasan FELCRA Berhad Batang Lupar diiringi Encik Morshidi Bin Haji Uki , Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lela Pahlawan . Turut hadir bersama barisan Penolong Kanan dan guru-guru.

Dalam pada itu, simbolik penyerahan sumbangan zakat oleh Syarikat Etika Family Takaful kepada Sekolah Kebangsaan Lela Pahlawan turut di sampaikan ketika majlis.
Objektif agihan zakat ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dalam memperoleh kelengkapan asas sekolah sekaligus memberi motivasi dan galakan kepada pelajar untuk lebih bersemangat hadir ke sekolah dalam menuntut ilmu. Program melibatkan seramai 30 orang pelajar Tahun 1-5 di sekolah tersebut.
Semoga program seperti ini akan dapat membantu pelajar dan meringankan beban ibu bapa/penjaga dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.

580852696_881395544549587_4370203220179873567_n