Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

12 Februari 2026 - Majlis Pembukaan Semula Stesen Minyak Bhp Bukit Tandak.

Feb 19, 2026, 10:01 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

12 Februari 2026 - Majlis Pembukaan Semula Stesen Minyak BHP Bukit Tandak telah diadakan bagi membuat hebahan kepada masyarat setempat selepas kerja-kerja renovasi melibatkan pertukaran pam minyak, penambahbaikan imej serta pengenalan logo baharu demi keselesaan dan kemudahan komuniti setempat dengan kehadiran seramai 100 orang. Premis ini turut menawarkan kemudahan tambahan seperti kedai runcit bagi keperluan harian serta mesin ATM Bank Rakyat bagi memudahkan urusan kewangan pelanggan setempat.

Majlis telah dirasmikan oleh Dr. Akram bin Hasan, Pengarah SKM Negeri Kelantan. Turut hadir bersama Puan Wan Nabilah binti Wan Mat, Penolong Pengarah Negeri (Khidmat Pengurusan), Tuan Muhammad Zaki bin Mamat, Ketua Cawangan KPDN Pasir Mas, Encik Ahmad Shaharin bin Jalaludin, Area Manager East Coast BHP dan Haji Nik Aziz bin Hussain, Pengurus Bank Rakyat Pasir Mas.
Semoga pembukaan semula ini memberi manfaat dan kemudahan yang lebih baik kepada masyarakat setempat serta menyokong pembangunan ekonomi.

634419312_122247032402136912_7655211322804778281_n