Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

14 - 19 Januari 2023 - KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN TABUNG KEBAJIKAN PESERTA FELCRA BERHAD WILAYAH TIMUR SIRI 1 & SIRI 2

Jan 26, 2023, 11:48 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
Cawangan Perhubungan Dan Kesejahteraan Hal Ehwal Peserta FELCRA Berhad dengan kerjasama Pengurusan Hal Ehwal Peserta Wilayah Timur telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kewangan Tabung Kebajikan Peserta FELCRA Berhad Wilayah Timur Siri 1 & Siri 2 kepada 45 orang Bendahari Jawatankuasa Kemajuan Projek bersama 23 staf Penolong Eksekutif Pembangunan Peserta di Wilayah Timur dan diadakan di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu. Kursus ini disampaikan oleh Encik Syed Mohd Nazeri bin Syed Kuning, Fasilitator Excell Tranning untuk memberikan pendedahan tentang rekod perakaunan dan kepentingan pengurusan kewangan JKKP.
Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Zainal Abidin bin Haji Alias, Pengurus Besar Wilayah Timur dan turut dihadiri oleh Puan Siti Rohani binti Mohamad, Pengurus Perhubungan Hal Ehwal Peserta FELCRA Berhad.

323429211_726319848827923_8320198392622908522_n