Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

14 7 2025 - Perasmian Lama Herba dan Taman Kelulut di KPR FELCRA Bayai.

Jul 21, 2025, 10:48 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

14  7 2025 - Satu lagi inisiatif berimpak tinggi telah direalisasikan melalui Perasmian Laman Herba dan Taman Kelulut KPR FELCRA Bayai, yang telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah. Turut mengiringi beliau, YBhg. Dato' Haji Mustapha Nagoor, EXCO Pembangunan Belia Dan Sukan ADUN Palong; YB. Datuk Haji Shamsulkahar bin Haji Mohd Deli, Ahli Parlimen Jempol Merangkap Pengerusi Polytech MARA; YBrs. Encik Faiz Shafiq bin Zainal Abidin, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Tengah, serta YBrs. Tuan Haji Zainuddin bin Kalam, Pengerusi KPR FELCRA Bayai.

Melalui usaha penternakan madu kelulut secara komersial, pelbagai produk berasaskan madu kelulut telah berjaya dihasilkan — sekali gus membuka peluang ekonomi baharu kepada komuniti setempat. Laman herba dan taman kelulut ini bukan sahaja menjadi pusat pengeluaran, malah turut berperanan sebagai tapak agro-pelancongan dan pendidikan komuniti.

Tahniah kepada semua pihak yang terlibat atas kejayaan ini!

518384100_122175691520341114_7692446310722011645_n
517935421_122175691952341114_1650287099991139504_n